Bagaimana caranya hidup di akhirat, tidak sesiapa pun yang mengetahuinya. Ia merupakan perkara “Ghaib” yang wajib kita sebagai umat Islam mempercayainya. Kerana berita adanya penghidupan di akhirat ada dirakamkan dalam al Quran dan juga hadis-hadis Nabi secara gambaran sahaja, dan secara tepat sebagaimana penghidupan didunia ini tidak ada yang tahu. Rasulullah s.a.w. juga dalam hadis-hadis Baginda hanya memberikan gambaran mengenai penghidupan diakhirat. Hakikatnya, proses ke akhirat itu terlalu banyak jalan dan cabangnya. Bermula didunia dimana kita dilahirkan. Dalam proses itu, kita kemudian dimatikan, dan selepas itu kita dikembumikan. Mati bukan bererti cerita penghidupan manusia sudah tamat, sebab Allah menciptakan manusia bukan untuk “kemusnahan”. Mati bererti kita berpindah dari dunia ke satu alam lain iaitu alam barzakh. Selepas itu, dunia akan dikiamatkan. Maksudnya alam semesta yang kita tinggal sekarang semuanya musnah termasuk langit dan bumi.
Kemudian ditiupkan sangkala, dan manusia akan dibangkitkan semula dari kubur masing-masing. Dengan ini bermulalah penghidupan baru iaitu penghidupan dialam akhirat. Proses pertama ialah dengan kebangkitan dari kubur itu, semua manusia akan dikumpulkan dan akan menghadap terhadap Allah s.w.t. Macamana rupa dan keadaan mahsyar itu, tidak ada yang tahu kerana gambaran sahaja. Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal r.a. bahawa baginda berkata: “Seorang hamba itu akan tetap berdiri pada Hari Kiamat sehingga ia ditanya mengenai empat perkara: tentang umurnya, untuk apa dihabiskan; tentang masa mudanya, untuk apa digunakan; tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dinafkahkan; dan tentang ilmunya, apa saja yang telah diamalkan.” (52) Dari Aisyah disebutkan bahawa dia berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Barangsiapa dihisab pada Hari Kiamat bererti ia telah diseksa’.” Lalu saya bertanya: ‘Bukankah Allah s.w.t. telah berfirman: ‘Maka dia akan diperhitungkan amalnya dengan perhitungan yang mudah’.” (al-Insyiqaq: 8) Rasulullah men jawab: “Itu bukan hisab tapi itu hanya pemaparan. Barangsiapa yang hisabnya diproses bererti ia telah diseksa di Hari Kiamat.” (53) Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa baginda berkata: “Kami sedang berada di sisi Rasulullah. Tiba-tiba baginda tertawa dan kemudian bertanya: ‘Adakah kalian tahu apa yang aku tertawakan?’ Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui?” Baginda bersabda: “Di antara komunikasi seorang hamba dengan Tuhannya, hamba itu berkata: ‘Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah menyelamatkan aku dari kezaliman.’
Tuhan menjawab: “Betul.” Lalu mengatakan: “Sesungguhnya pada hari ini aku tidak akan memberikan kesaksian kepada diriku melainkan kesaksianku sendiri.” Kemudian dia berkata: “Cukuplah dirimu sendiri sebagai Zat Yang Maha Memperhitungkan pada hari ini, sedangkan para malaikat pencatat amal perbuatan bertindak sebagai saksi. Maka Rasulullah bersabda: “Kemudian mulut hamba tersebut terkatup. Lalu Allah berfirman kepada anggota tubuh hamba tersebut: “Bicaralah. Kemudian anggota tubuh hamba itu melapurkan mengenai perbuatannya. Kemudian dia diberi tempoh antara dia dan pembicaraan anggota tersebut. Maka hamba mengatakan kepada anggota tubuhnya: “Menjauhlah engkau, dan kamu telah berbuat sesuatu yang dapat menjauhkan dirimu dari redha Tuhan), padahal aku mempertahankan perbuatan kamu.” (54) Contoh lain ialah hadis tentang telaga Rasulullah, timbangan, dan titian. Misalnya adalah hadis Abdullah bin Amr bin Ash r.a.: baginda berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Telagaku itu seluas perjalanan satu bulan. Airnya lebih putih daripada susu. Baunya lebih harum daripada kasturi. Kilauannya bagaikan bintang-bintang di langit. Barang siapa yang meminum air telagaku, dia tidak akan haus selamanya’.” (55) Dalam sebuah riwayat disebutkan: “Telagaku itu seluas perjalanan sebulan dan demikian juga batas-batasnya. Airnya lebih putih daripada perak.” Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. (201) Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah telah berjanji kepadaku untuk memasukkan tujuh puluh ribu umatku ke syurga tanpa hitungan.” Lalu Yazin bin al-Akhnas berkata: “Demi Allah mereka dibandingkan umat tuan hanyalah seperti lalat coklat di antara lalat-lalat yang lain.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Allah menjanjikan kepadaku tujuh puluh ribu, setiap seribunya, ada tujuh puluh ribu; dan Allah menambahkan lagi kepadaku tiga rombongan besar.”
Yazid bin al-Akhnas bertanya: “Berapa luas telaga tuan wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Seluas jarak antara kota Aden dan Amman, lebih luas dan lebih luas lagi.” Baginda memberi isyarat dengan tangannya. Rasulullah bersabda: “Di dalam telaga tersebut terdapat dua tempat aliran air yang terbuat dari emas dan perak.”
“Yazid bin al-Akhnas bertanya: “Bagaimana air telaga tuan wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Lebih putih dari susu. Lebih manis daripada madu. Lebih harum daripada minyak kasturi. Barang siapa meminum air telaga tersebut, sekali minum saja dia tidak akan haus lagi selamanya dan mukanya tidak akan hitam selamanya.”
Diriwayatkan Imam Ahmad. Para perawi hadis tersebut dapat diterima riwayatnya dalam meriwayatkan hadis sahih Ibn Hibban juga meriwayatkan dalam kitabnya. Ungkapan yang digunakan Ibn Hibban ialah: Diriwayatkan dari abu Umamah bahawa Yazid bin al-Akhnas r.a. bertanya: ‘Wahai Rasulullah s.a.w., berapakah luas telaga tuan?’ Rasulullah menjawab: ‘Antara Aden dan Amman. Sesungguhnya di dalamnya terdapat dua aliran air yang diperbuat daripada emas dan perak.’ Yazid bin al-Akhnas bertanya: ‘Kemudian bagaimana air telaga tuan wahai Nabi Allah?’
Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment