Wednesday, September 12, 2012

Dunia Kosong 40 Tahun Sebelum Kiamat

DALAM sebuah kitab agama yang menerangkan “bab kiamat” ada menerangkan mengenai negeri manakah musnah lebih awal sebelum dunia ini kiamat? Rupa-rupanya dunia ini ada negeri-negeri yang dianggap sebagai negeri hujung-hujung dunia. Negeri-negeri yang hujung-hujung inilah yang akan mengalami kehancuran lebih awal. Pengarang kitab-kitab yang menerangkan bab ini telah memetik riwayat dari perawi-perawi hadis dari para sahabat yang mendengar Nabi s.a.w. bersabda mengenai perkara ini. Dalam zaman Nabi s.a.w., ada para sahabat bertanya kepada Rasulullah berhubung dengan hal-hal kiamat. Walaupun, Rasulullah s.a.w. sendiri tidak tahu bilakah kejadian kiamat itu akan terjadi, tetapi baginda menerangkan tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum berlakunya kiamat itu. Ada pelbagai pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini. Rasulullah s.a.w. menerangkan ada negeri-negeri di hujung dunia ini  yang akan mengalami kehancuran, sebelum berlakunya kehancuran negeri Syam.
Nabi s.a.w. juga menerangkan tentang berapa lamakah bandar Madinah itu kosong sebelum berlakunya kiamat. Diterangkan tentang kehancuran dunia, yang dimulai dengan hancurnya berbagai kota sebelum Syam. Berapa lamakah kota Madinah kosong dari penduduknya sebelum kiamat. Petanda-petanda apakah yang mengawali hancurnya dunia, dan  benda-benda apa yang pertama-tama mengalami kehancuran. Ada sebuah hadis diriwayatkan  dari Hudzaifah bin Al-Yaman, dari Nabi s.a.w., bahawa beliau bersabda: “Kehancuran di mulai dari hujung-hujung bumi sebelum hancurnya Mesir. Sebelumnya Mesir masih aman dari kehancuran, sebelum hancurnya Basrah. Kehancuran Basrah bermula dari Iraq. “Adapun hancurnya Mesir adalah dikeranakan keringnya sungai Nil. Kehancuran Makkah dikeranakan bala tentera Habasyah. Kehancuran Madinah dikeranakan terjadinya kelaparan. Kehancuran Yaman dikeranakan hama belalang. Kehancuran Ailah dikeranakan pengepungan. Kehancuran Parsi dikeranakan merajalelanya kemiskinan. Kehancuran Turki dimulai dari Dailam, sebuah gunung dalam gagasan pegunungan Armenia.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

No comments: