Wednesday, September 12, 2012

Apa Di Maksudkan Dengan Wuduk Batin?

HPERISTIWA di masa lalu merupakan satu kenangan yang diukir oleh manusia mulia dengan tinta sejarah untuk mengisi dan dikenang oleh insan dikebelakangan. Dalam dunia Islam, ada pelbagai cerita yang menakjubkan dan ada juga yang menyedihkan. Ada juga kisah-kisah yang boleh dijadikan iktibar bagi kita semua. Pengajaran-pengajaran dalam cerita-cerita tersebut sungguh memberi kesan yang mendalam dalam hati kita. Satu kisah yang perlu diketahui dibaca oleh semua orang tentang ‘solat’. Sebenarnya dalam solat ada rahsianya, terutama mengenai khusus solat itu sendiri. Pada zaman permulaan atau pun pertengahan Islam mula berkembang, di mana perintah solat sudah disyariatkan, solat merupakan satu perintah penting dalam hidup umat Islam. Dalam satu cerita bagaimana ada seorang ahli ibadah bernama ISLAM BIN YUSUF. Di antara ramai-ramai ahli ibadah yang ada, beliaulah orang yang paling warak dan khusyuk dalam solatnya. Tetapi ada satu sifat “ragu-ragu”. Sifat ini biasanya dibelit oleh syaitan yang sentiasa merasakan ahli-ahli ibadah mesti diganggu dalam mereka mengerjakan solat. Oleh kerana timbul perasaan khuatir, ahli ibadah ini selalu bertanyakan kepada orang lain, iaitu ahli ibadah juga apakah ibadahnya benar-benar betul dan khusyuk? Oleh kerana keraguan dan kekhuatirannya terlalu mendalamnya, akhirnya beliau bertemu dengan seorang “Abid”, iaitu seorang ahli ibadah yang kuat beribadat. Orang itu bernama Hatim Al-Islam.
Islam bertanyakan Hatim: “Bagaimanakah caranya tuan solat? Jawabnya: “Aku akan bersolat apabila masuk waktu, dan aku berwuduk zahir dan batin.” Islam terkejut dengan jawapan itu, kerana selama ini dia hanya tahu berwuduk sahaja, dan tidak pernah pula mendengar adanya wuduk batin? Tanya Islam lagi: “Bagaimana pula dengan wuduk zahir dan wuduk batin itu? Boleh tuan terangkan dan ajarkan kepada aku? “Begini,” kata Hatim, sambil menunjukan cara-cara berwuduk sebagaimana yang dilakukan. “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Wuduk batin pula ialah: Bertaubat, menyesal dengan dosa-dosa yang dibuat, tidak cinta kepada dunia, jangan riyak minta dipuji-puji orang, jangan berbangga diri, tinggalkan perbuatan dan sifat khianat dan menipu, dan meninggalkan sifat dengki. “Itulah tujuh perkara yang disebutkan sebagai wuduk batin. Ini cuma satu pendapat yang harus ada pada diri setiap insan muslim sebelum mendirikan solat,” kata Hatim dengan sungguh-sungguh. Ahli ibadah Islam yang mendengar jawapan pertama dari Hatim itu termenung sejenak, kerana baru hari ini dia mendengar adanya “wuduk batin” itu. Melihat Islam yang seolah-olah merasa hairan dengan jawapannya itu, Hatim diam sebentar, kerana penerangannya itu ada sambungannya lagi. Hatim kemudian menyambung lagi penjelasan atau pun jawapannya itu  dengan...

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

No comments: