Wednesday, September 12, 2012

Jasad Dihurung Labah-Labah

TERSIAR sebuah khabar yang mengejutkan di sebuah perkampungan kecil Pulau Sulawesi. Jasad Ahya, ketika hendak dikebumikan dihurung oleh sebilangan  labah-labah. Jumlahnya tidak sedikit. Bergerombolan. Labah-labah kecil yang biasa kita jumpai di atas penjuru rumah itu menghurungi dan mengitari  jasadnya.
Aneh, sukar  diterima oleh akal, jasad yang sudah mati, yang sudah dimandikan dengan bersih, diberikan wangi-wangian dan telah dikafani, kemudian berteman dengan labah-labah saat hendak dikebumikan. Ahya, warga emas berumur 68 tahun itu, meninggal dunia setelah mengalami komplikasi penyakit. Beberapa tetangganya menyebutkan bahawa dia mengidap penyakit jantung dan paru-paru yang agak parah. Dia meninggal setelah dirawat cukup lama di hospital. Ada juga isu misteri  penyakit yang dideritanya. Ada yang mengatakan dia terkena sihir. Tapi, ini hanya sekadar khabar-khabar angin saaja. Tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kembali ke soal peristiwa pengkebumian Ahya. Setelah jasadnya dimandikan dan dikafani, layaknya proses pengurusan jenazah pada umumnya,  tidak ada hal aneh mengenai jasadnya itu. Tahap demi tahap proses pengurusan jenazah dilalui dengan baik. Namun, ada sedikit salah faham setelah jasadnya dikafani. Beberapa orang datang ke ke rumahnya, dan merasa keberatan dengan proses dikebumikan jenazahnya secara Islam. “Kami datang kemari ingin menjelaskan dan memastikan bahawa, Ahya adalah seorang bukan Islam, dia pengikut agama kami. Jadi, apa tidak sebaiknya, dia dikuburkan ikut tradisi agama kami,” dakwa dan saranan salah seorang dari mereka, setelah panjang lebar menjelaskan mengenai hubungan mereka dengan Ahya. “Tidak. Mohon maaf. Ahya, sebelum meninggal dunia sudah masuk Islam semula. Jadi, dia adalah seorang muslim,” jelas isteri Ahya menjelaskan. Kedatangan beberapa orang itu bertujuan meminta pihak keluarga agar berkenan menguburkan Ahya dengan tradisi agama mereka. Sebabnya, Ahya sebelum meninggal dunia pernah memeluk agama yang mereka anuti. Maka, adalah wajar, bila kedatangan mereka untuk menjelaskan perihal tersebut. Namun, salah faham ini kemudian dapat dipecahkan setelah mendapat bukti bahawa tujuh tahun terakhir masa hidup Ahya adalah sebagai seorang Islam. Ini dibuktikan dengan sijil mualaf yang diperolehinya dari sebuah yayasan masjid sebelum dia berkahwin dengan isterinya yang sekarang. Ertinya, dapat disimpulkan bahawa Ahya adalah seorang muslim sebelum meninggal dunia. Setelah menjelaskan hal tersebut, beberapa orang yang datang itu akhirnya memahami dan dapat menerimanya. Mereka pun akhirnya meminta maaf dan pulang.

Isteri Pengsan
Hari masih siang, kumandang azan waktu zuhur pun sudah terdengar. Proses berikutnya adalah solat jenazah. Pihak keluarga sudah menyediakan peti jenazah untuk si mati. Beberapa keluarga dari si mati yang masih menganut agama bukan Islam dan hadir di rumah Ahya mengharapkan agar si mati dikebumikan selain dengan kain kafan, juga mengenakan peti mati. Ini sudah merupakan tradisi keluarga, yang umumnya beragama bukan Islam.

Selanjutnys dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran... 

No comments: