Wednesday, September 12, 2012

Orang Tak Solat Lebih Besar Dosa Dari Berzina

DALAM kitab-kitab agama banyak kisah diceritakan tentang umat zaman sebelum umat Nabi Muhammad s.a.w. Kisah yang paling banyak di kisahkan dalam kitab-kitab tersebut ialah mengenai kisah yang berlaku terhadap umat Nabi Musa a.s. Umat Nabi Musa di sebut sebagai kaum “Bani Israil”. Pada zaman inilah banyak kisah menarik mengenai manusianya. Kisah Qarun yang tidak mahu keluarkan zakat setelah menjadi kaya-raya, yang kemudian ditelan bumi segala hartanya itu berlaku di zaman bani Israil. Kisah Firaun juga berlaku pada zaman tersebut. Ini semuanya sebagai cerita-cerita besar dan ada diabdikan dalam kitab suci Al-Quran. Allah s.w.t. mengabadikan kisah mereka semata-mata untuk memberitahu umat Nabi Muhammad s.a.w. bahawa apa yang dilakukan oleh mereka adalah tidak betul sama sekali. Kisah Firaun adalah manusia yang mengaku dirinya Tuhan, dan akhirnya tenggelam ditelan oleh laut. Begitu juga dengan Qarun, kerana sombongnya banyak hartanya yang melimpah ruah, akhirnya ditelan bumi bersama harta-hartanya sekali.
Sekarang ini orang sibuk mencari hartanya di merata tempat. Hingga bila-bila pun harta Qarun itu tidak akan ditemui. Kisah yang mahu diceritakan kali ini ialah satu kisah yang menarik juga. Ia ada kaitan dengan apa yang kita lakukan sekarang ini. Sebenarnya, ia mempunyai maksud atau iktibar untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. betapa pentingnya sesuatu ibadah itu kalau dikerjakan. Tetapi kalau ditinggalkan akibatnya akan menerima azab atau pun padahnya. Menurut cerita dalam kitab tersebut, ada diriwayatkan ada seorang wanita dari kalangan kaum Bani Israil datang menemui Nabi Musa a.s. Wanita tersebut merasakan dirinya banyak melakukan dosa-dosa besar. Setelah memikirkan hal ini, wanita ini lalu melaporkan perbuatannya itu kepada Nabi Musa. Ketika melaporkan kisah sedihnya itu kepada Nabi Musa, wanita itu berkata:
“Wahai Nabi Allah, saya datang mahu mengadukan satu hal.” Belum pun selesai pengaduannya itu Nabi Musa terus bertanya: “Apakah dosa dan kerja mungkar yang telah engkau lakukan selama ini?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

No comments: