Tuesday, September 11, 2012

Umat Islam Moscow Bersolat Di Jalanan Bersalji

HARI JUMAAT itu jalan Bolshaya Tatarskaya yang berada di pusat kota Moscow penuh sesak dan jem. Ini dikeranakan solat Jumaat yang dilangsungkan jemaah melempah sampai ke jalan raya. Di kawasan itu memang ada sebuah masjid, tapi rupanya tak mampu menampung jemaah. Bahkan sekalipun turun salji, masyarakat Islam Moscow tetap membentang sejadah di jalan dan menunaikan solat dalam cuaca sejuk.
Lebih dari dua juta orang Islam sekarang tinggal dan bekerja di Moscow. Hal ini telah menjadikan Moscow kota penting bagi muslim Eropah, selain Paris. Banyaknya muslim tak tertampung oleh 4 masjid yang ada di Moscow. “Kami memang memiliki masalah dalam hal ini. Masjid tak MAMPU menampung jemaah hingga terpaksa kami bersembahyang di jalan raya,” kata Yusup Sadjanovich, salah seorang muslim Moscow sebagaimana dilapur laman CBN News. Yusuf mengaku tak pernah mendapatkan tempat di dalam masjid, sekalipun dia datang solat Jumaat lebih awal. Setiap Jumaat ada ribuan jemaah yang berbondong-bondong datang ke masjid sementara masjid hanya mampu menampung sekitar 800 jemaah saja. Jemaah lalu memakai kawasan pejabat di sekitar masjid, lalu halamannya, lalu kawasan pejalan kaki dan kemudian akhirnya melimpah ke jalan raya. Ibrahim, seorang penduduk tempatan, mengaku sekalipun mesti berebut tempat dia tak pernah ingin melepaskan solat Jumaat. Baginya itu hari penting untuk berdoa dan bermunajat.
Keadaan ini menjadi isu hangat di Moscow. Pro dan kontra pun lahir.  “Kebanyakan orang beranggapan tempat-tempat ibadah dengan teroris dan radikal hingga orang terpengaruh tak suka ketika kita berbicara tentang membangun masjid baru,” katanya. Pernah suatu ketika ada projek pembangunan masjid yang kawasannya merupakan sebuah taman tapi kemudian warga berdatangan dan memprotesnya. Bahkan warga tak segan-segan melontarkan kata-kata tidak enak yang tak sepatutnya kepada imam yang merancang pembangunan masjid itu.

Bergerak dari Tengah
Moscow memiliki banyak kelompok muslim yang berasal dari beberapa daerah di Russia. Yang paling terkenal adalah Tatar, Kazan dan Dagestan. Sejak Soviet berpecah di tahun 1991 banyak warga muslim yang bergerak ke Moscow mencari penghidupan lebih baik. Tak semua warga Moscow menyukai para pendatang yang beragama Islam ini. Ada pula rasa takut bahawa muslim akan mengambil alih Moscow apalagi melihat begitu berghairahnya warga muslim menjalankan ibadah. Setiap Ramadan, solat Tarawih diadakan dimana-mana. Begitupun kegiatan Ramadan lainnya, seperti bersahur dan berbuka puasa juga sangat marak. Keadaan ini mahu tidak mahu menjadi cabaran sendiri bagi muslim Moscow. Mereka mesti meyakinkan warga Moscow bahawa mereka juga adalah sebahagian Moscow, bahagian Russia dan juga mencintai negeri itu. Stigma radikal sungguh tak layak disematkan kepada mereka hanya kerana mereka rajin beribadah. Imam Alyautdinov menyebut ini adalah tugas bersama muslim Moscow guna meyakinkan warga tentang Islam yang baik. Ia juga mengusulkan kepada pemerintah agar masjid bagaimanapun juga harus dibangun guna menghindari gejolak sosial yang merugikan. Dengan pemerintah menyediakan masjid, muslim dapat beribadah dengan tenang dan warga lain juga tidak merasa terganggu. Ini bukan lagi merupakan permintaan tapi tuntutan agar kehidupan sosial yang ideal boleh tercipta. Moscow kian hari kian meningkat syiarnya Islamnya. Jika dahulu kedai-kdai dan kafe halal sangat jarang, sekarang jumlahnya tumbuh pesat. Samsa atau Samosa, sejenis roti yang merupakan makanan khas warga Asia Tengah, sekarang jadi jualan popular yang banyak dijumpai dimana-mana. Kedai-kedai buku yang menjual buku-buku majalah dan maklumat lain mengenai Islam juga banyak bermunculan. Ini cukup berpengaruh sebab jika ada warga Moscow yang ingin tahu tentang Islam mereka boleh langsung mendapatkan maklumatnya. Zarif, seorang muslim yang berkahwin penganut Kristian Ortodoks, boleh berkomunikasi dengan baik dengan mertuanya setelah keluarga mertua mengetahui maklumat Islam melalui buku-buku. Ini juga membuat makin banyak warga Moskow yang masuk Islam.  Ali Vyacheslav Polosin, contohnya. Bekas ahli politik yang merupakan aktivis Kristian Ortodoks ini kini menjadi pengajar Islam bagi para saudara baru dan mendirikan sebuah lembaga mualaf di Moscow. Jumlah mereka yang mendaftar dan ingin memeluk Islam semakin hari semakin banyak yang boleh mencapai ribuan orang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

No comments: