Tuesday, September 11, 2012

Munafik Dan Murtad Dalam Neraka Paling Bawah

DALAM kitab suci Al-Quran Allah s.w.t. ada menyebutkan dalam banyak ayat mengenai orang-orang munafik. Golongan munafik ini di dalam neraka kelak, mereka ditempatkan di neraka yang paling bawah sekali. Azab yang mereka terima amat pedih, amat berat dan keras sekali. Pada zaman Rasulullah s.a.w. memang ramai orang-orang munafik ini. Mereka berpura-pura di depan Rasul, konon mereka beriman, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman. Diantara ayat disebutkan Allah dalam kitab suci Al-Quran mengenai orang-orang munafiq ini ialah dalam surah An-Nisa’ ayat 145, Allah berfirman yang maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang munafik ini (ditempatkan) pada darjat yang paling bawah di dalam neraka, maka tidak akan dapat engkau carikan mereka penolong.” Walaupun orang kafir dan munafik sama-sama masuk neraka, namun tempat yang munafik adalah yang paling bawah sekali, kerana dipandang lebih hina.
Orang-orang munafik ini disifatkan sebagai musuh dalam selimut bagi orang-orang yang beriman. Dia bersama orang muslim, tetapi hatinya bersama orang lain. Sementara itu, orang yang murtad lain pula caranya. Orang-orang yang murtad ini ada dua peringkat. Pertama: Mereka yang memang Islam, tetapi kemudian meninggalkan agama asal iaitu Islam menganut agama lain. Kedua: Mereka yang pada mulanya bukan beragama Islam, kemudian memeluk Islam, kemudian kembali ke agama asalnya. Apa kirapun, kedua-dua peringkat atau golongan ini tetap berdosa besar. Tahapnya lebih kurang dengan golongan munafik ini. Dalam kisah dari kitab kali ini apa yang mahu diceritkan ialah mengenai seorang yang murtad.
Dulunya beragama Kristian, kemudian memeluk agama Islam, tetapi tidak lama kemudian kembali semula ke agama asalnya, jadilah ia murtad. Kisahnya, apabila ia meninggal dunia, dan kemudian dikebumikan, tetapi pada keesokkan hari mayatnya dilihat berada di atas kubur. Hal ini berlaku sehingga beberapa kali, sehingga dibiarkan begitu sahaja, yang seolah-olah bumi tidak mahu menerima orang murtad.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

No comments: