MAMPUKAH anda membayangkan gambaran begini...
Ketika ahli-ahli neraka di bawa ke neraka, apabila sampai di muka pintunya langsung terbuka pintu-pintu itu dan disambut oleh para malaikat yang telah siap dengan tukul besinya, maka apabila telah masuk ke dalam neraka itu, tiap-tiap anggota badan itu merasakan seksanya sendiri, apakah panasnya api atau gigitan ular atau pukulan malaikatnya. Jangan anda bayangkan pukulan para malaikat itu seumpama pukulan cota anggota FRU untuk menyuraikan tunjuk perasaan orang ramai atau rakyat jelata. Bukan begitu...
Pukulan malaikat adalah pukulan hebat. Maha hebat!
Apabila ahli neraka itu dipukul oleh malaikat, segera tenggelamlah ia (ahli neraka) dalam api itu sedalam empat puluh tahun, belum juga sampai ke dasarnya. Kemudian dia dinaikkan oleh “wap api” ke atas untuk diulangi pukulan malaikat sehingga tenggelam kembali sedalam-dalamnya. Tak mahu percaya? Atau gambaran ini berlebih-lebih sangatkah? Anda rujuklah kitab ‘Tanbihul Ghafilin’. Bagaimana pula kulit-kulit badan penghuni neraka itu? Ah... amat ngeri untuk digambarkan. Ini bukan kisah-kisah kitab lagi. Ini adalah firman Allah s.w.t.
Mari kita sama-sama dengarkan: “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 56)
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...
Thursday, November 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment