Friday, November 11, 2011

Berguru Kepada Lebah Madu

ANDA pasti tahu sura An-Nahl? Ya, itulah surah dalam al-Quran yang secara khusus menjelaskan ehwal lebah dan segala potensi yang dimilikinya. Dari sisi bahasa [Arab] saja, kata An-Nahl bererti lebah. Padahal, menurut M. Quraish Shihab, kata itu merupakan satu-satunya yang disebutkan dalam Quran, yakni pada ayat 68 surat An-Nahl. Bunyi ayatnya adalah: “Dan Tuhan Pemelihara kamu telah mengilhamkan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang pada sebahagian pegunungan dan sebahagian pepohonan, dan pada sebahagian apa [tempat-tempat tinggi] yang dibuat [oleh manusia].” Sementara kelanjutan ayat di atas menerangkan soal apa yang dihasilkan lebah, yakni madu. FirmanNya: “Keluar dari perut lebah itu minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl: 69]
Dari segi ilmiah [ilmu kedoktoran], madu yang dihasilkan lebah sudah banyak disinggung media ini dan para pembaca pun barangkali sudah ramai mengetahuinya. Pun soal khasiatnya yang sangat beragam untuk mengubati pelbagai penyakit. Kerananya, tak aneh, bila madu sangat digemari oleh siapa pun, baik untuk berubat, mahupun sebagai pelengkap makanan. Syahdan, Ibnu Sina (890-1037), seorang ilmuan muslim abad 10 M yang masyhur kepiawaiannya dalam ilmu kedoktoran, pernah mengulas soal khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia kedoktoran. Hal ini, lantaran selama hidupnya, ia banyak mengambil madu hingga ia tampak awet muda dan berumur panjang. Menurutnya, madu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat. Pembaca, selain madu dan segenap khasiatnya itu, kita juga perlu mengetahui “ilmu” yang boleh dipelajari dari haiwan bernama lebah. Menurut laman harunyahya.com, konon, lebah boleh lebih hebat dari ahli matematika. Ya, setelah diteliti, lebah ternyata hidup berkoloni dengan cara membina sarang-sarangnya begitu sangat teliti, dimana dalam tiap sarangnya terdapat ribuan kantung berbentuk segi enam yang dibuat untuk menyimpan madu. Tapi, pernahkah kita berfikir, mengapa mereka membuat kantung-kantung dengan bentuk segi enam? Para ahli matematika lalu menelitinya dan menemukan sebuah jawapan: cara terbaik membangun gudang simpanan dengan kapasiti terbesar dan menggunakan bahan bangunan sedikit mungkin adalah dengan membuat dinding berbentuk segi enam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

No comments: