SEBENARNYA “Haji” ini ada macam-macam. Para ulama Mazhab sepakat menyatakan bahawa haji ada “tiga macam”, iaitu “haji Tamathu’”, “haji Qiran” dan “haji Ifrad.” Mereka juga sepakat berpendapat bahawa Erti tamathu’ adalah melakukan amalan-amalan umrah terlebih dahulu pada bulan-bulan haji, dan setelah selesai baru melaksanakan amalan-amalan haji. Ulama-ulama Mazhab juga sepakat bahawa erti ifrad adalah melaksanakan haji terlebih dahulu, dan setelah dari amalan-amalan haji ia melakukan ihram untuk umrah, dan (kemudian) melakukan amalan-amalan umrah. Mereka juga sepakat bahawa erti qiran adalah berihram untuk haji dan Umrah secara bersamaan dengan mengatakan: “Labbaika Allahumma bihajjin wa umratin”. Ertinya: “Ya Allah aku bertalbiyah (memenuhi panggilanmu) dengan melakukan haji dan umrah.” Bagi Imamiyah pula, qiran dan ifrad adalah satu, tidak ada bezanya kecuali satu, iaitu orang-orang yang melakukan qiran memberikan korban atau hadyun ketika berihram. Dia harus memberikan hadyun atas apa yang dilakukannya. Sedangkan orang-orang yang haji ifrad tidak perlu bayar korban atau hadyun pada dasarnya. Dengan ungkapan ini bahawa Imamiyah tidak membolehkan campur aduk antara dua ihram, dan juga tidak dibolehkan melaksanakan haji dan umrah dengan satu niat pada satu waktu. Tetapi yang lain membolehkan bercampuk-aduk antara ihram dengan haji qiran. Yang lain berpendapat: Di namakan haji qiran kerana mengumpulkan (mengabungkan) antara haji dan umrah. Imamiyah: Bahkan dinamakan haji qiran kerana berdasarkan pemberian hadyan untuk ihram.* Empat mazhab: Boleh bagi siapa saja, baik orang Makkah mahupun bukan Makkah, untuk memilih salah satu dari ketiga bentuk haji, iaitu tamattu’, qiran dan ifrad, tidak ada yang dimakruhkan. Hanya Abu Hanifah yang berpendapat: Bagi orang Makkah dimakruhkan melakukan haji tamattu’ dan qiran secara bersamaan. Tetapi empat mazhab berbeza pendapat tentang mana yang paling utama dari ketiga bentuk haji tersebut.
• Syafi’i: ifrad’ dan tamattu’ lebih utama dari qiran.
• Hanafi: Qiran lebih utama dari keduanya.
• Maliki: ifrad lebih utama.
• Hambali dan Imamiyah: tamattu’ lebih utama.
(Al-Fiqhu ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah, Al-Mughni, Mizan Al-Sya’rani, dan Fiqhus Sunnah, jild 5) Imamiyah: Haji tamattu’ difardukan bagi orang yang jaraknya dari Makkah sebanyak 48 batu.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...
Sunday, November 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment