Ruqyah adalah salah satu kaedah penyembuhan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan salafush-shalih, baik untuk menjaga kesihatan fizik mahupun jiwa. Banyak hadis yang meriwayatkan tentang pemakaian ruqyah dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Rasulullah sendiri pernah meruqyah dan sahabat-sahabatnya yang lain, seperti: Abu Said al-Khudri, Sa’ad bin Abi Waqqash, Hafsah binti Umar, tabi’in seperti Malik bin Dinar juga melakukannya. Tradisi ini berlanjutan dari generasi ke generasi. Imam Ahmad bin Hanbal, selain terkenal sebagai salah satu imam mazhab (Mazhab Hambali) juga terkenal kemampuannya meruqyah. Muridnya Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyah juga sering mengamalkan pengubatan ala ruqyah. Inilah sejumlah fakta tokoh-tokoh terdahulu yang menggunakan ruqyah sebagai pengubatan secara Islami. Kerana itu, setiap kaum Muslimin harus mengetahui secara benar, agar tidak menyimpang dari kaedah syar’i. Pasalnya banyak juga di masyarakat beredar pengamal pengubatan yang mengenalkan dirinya sebagai pengubatan Islami namun kenyataannya seringkali melencong dari ajaran Nabi s.a.w. Kerana itu kurang tepat kiranya jika ada anggapan bahawa ruqyah hanyalah satu kaedah penyembuhan untuk mengusir gangguan jin belaka seperti yang diketahui kebanyakan oleh orang awam. Justeru ruqyah itu jauh lebih luas jangkauannya, bukan saja terapi untuk pencegahan gangguan jin, sihir dan sejenisnya melainkan juga terapi untuk penyembuhan penyakit-penyakit fizik. Berikut ialah perihal ruqyah untuk penyakit fizik berdasarkan riwayat-riwayat hadis.
A. Ada Sebelum Islam
Bila dikaji, amalan ruqyah telah ada sebelum masa Rasulullah s.a.w. Hanya saja sebelum Islam datang, belum ada batasan-batasan yang menjelaskan ruqyah yang boleh dan yang tidak. Justeru dalam amalannya, ruqyah yang dilakukan pada masa itu (Jahiliyah) banyak yang menyimpang dari ajaran agama. Fenomena memprihatinkan inilah yang menyebabkan Nabi s.a.w. pernah melarang mengamalkan ruqyah. Setelah pelarangan tersebut, para sahabat meminta panduan kepada Nabi s.a.w., apakah semua amalan ruqyah dilarang ataukah sebenarnya ada ruqyah yang diperbolehkan. Lantas Nabi s.a.w. meminta para sahabat untuk menunjukkan ruqyah-ruqyah yang selama ini telah mereka lakukan. Setelah baginda tahu, akhirnya baginda menetapkan bahawa tidak semua ruqyah dilarang, tetapi ada ruqyah yang diperbolehkan asalkan tidak ada unsur syirik di dalamnya. Batasan yang telah ditetapkan Rasulullah s.a.w. memberikan sebuah penegasan bahawa meskipun istilah yang dipakai tetap sama (iaitu; ruqyah) akan tetapi makna dan hakikat yang terkandung di dalamnya sangat berlainan. Batasan yang sudah diberikan Rasulullah s.a.w. berlaku untuk setiap muslim bila-bila pun dan dimana pun. Ini merupakan garis panduan dalam ruqyah. Berdasarkan hal ini, akhirnya boleh dibedakan mana ruqyah yang sesuai dangan syariat Islam dan mana yang tidak. Yang tidak sesuai syariat dan pernah dilarang oleh Nabi s.a.w., tentu ruqyah yang amalannya meniru kebiasaan Jahiliah. Sedang yang sesuai syariat tentulah mencontoh cara Nabi s.a.w., para sahabat dan seterusnya.
B. Pengertian Ruqyah
Pada dasarnya ruqyah sama seperti doa yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t. agar Allah berkenan memberikan kesembuhan penyakit, baik fizik mahupun batin. Kerana erti ruqyah sendiri secara bahasa adalah bacaan atau doa-doa. Akan tetapi doa-doa untuk penyembuhan tersebut tidak boleh sembarangan melainkan yang sesuai dengan syariat Islam, yakni bacaan yang terdiri dari ayat al-Quran, asma’ul husna (nama-nama Allah s.w.t.) serta doa-doa yang dicontohkan Nabi s.a.w. berdasarkan hadis yang shahih. Sehingga jika ada orang menyebut ruqyah namun amalannya menyimpang, tentu bertentangan dengan ruqyah yang diperbolehkan oleh Nabi s.a.w. Sebab di zaman sekarang ini begitu marak amalan yang mengaku-ngaku pengubatan ala Islam padahal kenyataannya bertentangan dengan apa yang pernah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Tujuannya hanyalah untuk meraup keuntungan semata. Menakutkannya lagi, bila ruqyah yang dilakukan itu mengandung kesyirikan. Seperti menyandarkan diri kepada sesuatu selain Allah s.w.t., pemujaan kepada jin atau syaitan, meyakini kesembuhan dari benda-benda tertentu, dan lainnya. Alasan inilah yang membuat Rasulullah s.a.w. pernah melarang para sahabat untuk melakukan ruqyah — kerana ruqyah kala itu lebih kental dengan perbuatan syiriknya — padahal Islam datang untuk mengenyahkan segala bentuk kesyirikan. Dalam Islam, tauhid adalah harga mati, tidak boleh ditawar-tawar. Ertinya bila seseorang telah meyakini bahawa Allah sebagai Tuhan dan Dialah pada hakikatnya yang menyembuhkan segala penyakit, maka jangan sampai terbawa kepercayaan untuk menyandingkan atau mengagung-agungkan sesuatu dengan Allah s.w.t. Kerana itu perlu kehati-hatian dalam menggunakan ruqyah agar tidak terjatuh ke dalam amalan ruqyah yang mengandungi syirik. Agar kita punya gambaran yang jelas tentang boleh tidaknya ruqyah, berikut ini beberapa hadis soal ruqyah:
1. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawa beliau berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya segala ruqyah, tamimah, dan tiwalah adalah syirik.” Tamimah di sini adalah menggantungkan sesuatu (azimat atau tangkal) dan tergantung padanya. Sementara tiwalah adalah guna-guna yang dipakai seseorang untuk menjadikan orang lain menjadi tertarik kepadanya. Sebahagian ulama membolehkan penggunaan azimat bila berasal dari ayat al-Quran mahupun hadis Nabi s.a.w. tetapi sebahagian besar ulama berpendapat tidak memperbolehkan sama sekali dan memandangnya termasuk hal yang dilarang. Menurut pendapat kedua ini, azimat dari ayat al-Quran atau hadis Nabi s.a.w. lebih baik ditinggalkan, kerana tidak ada dasarnya bahkan hadis yang melarangnya bersifat umum, lain dengan ruqyah dimana banyak hadis lain yang membolehkan ruqyah.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran..
Friday, November 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment