Thursday, February 6, 2014

Kubur Orang Berdosa Jadi Lubang 'Neraka'

SETELAH seseorang itu mati, maka dia dikebumikan dalam tanah apa yang disebut kubur. Didalamnya, ada pelbagai peristiwa yanag menggerunkan dan menyeronokkan. Bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih akan mendapati lahadnya penuh dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya.
Bagi orang-orang yang jahat, dan orang-orang kafir, lahadnya akan merupakan satu dari lubang-lubang yang mengerikan dan menakutkan sekali. Setelah dikebumikan, orang mukmin didatangi oleh dua malaikat, bernama “Mungkar dan Nakir”. Kedua dua malaikat ini akan bertanya tentang Allah, tentang agamanya tentang nabinya. Bagi orang mukmin akan menjawabnya dengan jelas. Kemudian diperlihatkan tempat yang pada mula-mulanya mungkin ditempatkan di neraka, tetapi  Allah alihkan pandangan kepada syurga.
Maka orang mukmin itu diberitahu “itulah tempat kamu”. Tidurlah. Tetapi bagi orang jahat dan orang kafir akan terus ditunjukkan neraka. Memanglah, kubur mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai seksaan dan kenikmatan. Itulah sebabnya apabila Allah menjadikan Adam a.s. dan diturunkan ke bumi untuk membangunkan bumi sebagai khalifah. Kemudian akan ada kematian kepada manusia itu, setelah adanya kelahiran.

Asal Mula Kematian
Hasan mengatakan bahawa ketika Tuhan menciptakan Adam dan keturunannya, dengan rendah hati para malaikat menunjukkan kepada Tuhan bahawa anak cucu Adam tidak akan tertampung di bumi. Tuhan mengatakan bahawa dia akan menurunkan kematian kepada semua makhluk. Para malaikat berkata bahawa jika Dia menciptakan kematian, manusia tidak dapat hidup dengan senang. Tuhan mengatakan bahawa Dia memberi inspirasi kepada mereka dengan harapan. (Ibn Abi Shaiba) Mujahid mengatakan bahawa ketika Adam diturunkan ke bumi, Tuhan memerintahkannya membangun kerana ada kehancuran, dan memberikan keturunan kerana ada kematian. (Abu Naeem). Wahai yang akan tinggal di istana tertinggi, segera engkau akan dikubur dalam debu. Seorang malaikat setiap hari mengumumkan: “lahirkanlah seorang anak untuk kematian dan hiasilah dia untuk kehancuran.”

Di Dalam Kubur
Ketika seorang salih meninggal dunia, dia akan didudukkan malaikat dan tak akan merasa cemas. Pertanyaan yang berkaitan dengan Islam lalu diajukan kepadanya. Setelah itu, dia ditanya tentang nabinya. Dia menjawab bahawa nabi adalah seorang yang membawa tanda-tanda yang jelas dari Tuhan, dan dia percaya tanda-tanda itu semuanya benar. Setelah itu, dia diperlihatkan sebuah tempat di neraka yang menggambarkan suasana amat kacau. Lalu, ketika dia mengalihkan perhatiannya dari pandangan itu, dia diberitahu bahawa Tuhan telah menyelamatkannya dari hukuman itu. Kemudian, ditunjukkan kepadanya sebuah tempat di syurga, tempat yang dihias mewah dan bagus sekali, di mana dia mendapatkan pemandangan yang menyenangkan. Dan diberitahu bahawa dia akan diberi tempat disitu, jika dibangkitkan di hari kiamat kelak, kerana selama hidupnya di dunia, dia percaya kepada hari akhir (akhirat). Ketika seorang yang jahat mati, dia didudukkan di kubur, tetapi diliputi rasa cemas dan takut. Pertanyaan yang sama juga diajukan kepadanya. Dia berkata bahawa dia tidak tahu apa-apa. Dia dulu hanya terbiasa mengulang apa yang didengari dari orang-orang. Berikutnya, gerbang syurga dibuka, setelah memperlihatkan hiasan dan keindahannya dan semua kekayaan yang terkandung di dalamnya, dia diberi tahu bahawa itulah bakal tempat tinggalnya. Tetapi untuk sementara, dia tidak diizinkan masuk. Kemudian pemandangan neraka diperlihatkan kepadanya. Dia melihat suasana yang sangat kacau. Lalu diberitahukan kepadanya bahawa tempat itu akan diberikan kepadanya kerana sepanjang hidupnya di dunia, dia mempunyai keraguan dan mati dalam keadaan ragu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

No comments: