Thursday, February 6, 2014

Masuk Syurga Sebelum Meninggal Dunia

SYURGA adalah tempat yang tidak boleh diraba dan difikirkan. Sebab, ia begitu agung dan dahsyat untuk ukuran akal kita. Luasnya langit dan bumi beserta isinya saja sulit bagi akal kita untuk mengukurnya. Apalagi, luasnya syurga dan keindahannya yang jauh berlipat ganda dibandingkan dengan apa yang terlihat oleh mata sekarang. Kerana itu, kita hanya boleh mengkagumi keindahannya saja, yang maklumatnya dapat kita ketahui dari al-Quran dan Hadis. Semua orang pasti ingin masuk syurga. Bahkan, seorang ‘kaki samseng’ pun kalau ditanya, “Apakah anda ingin masuk syurga?” Jawapannya pasti “ya”. Tetapi, kebanyakan di antara kita, tidak pernah mahu serius untuk meraihnya. Jangankan mahu melakukan hal-hal yang sunnah, yang wajib pun kadang masih kita tinggalkan. Persis sebuah nyanyian kasidah, “Subuh kesiangan, zuhur kesibukan, asar di perjalanan, maghrib keletihan dan isyak ketiduran.” Dengan kata lain, “Kita mahu syurga, tapi tak mahu berusaha meraihnya.” Maka, berbahagialah orang yang boleh masuk syurga. Sebab, ia telah mendapatkan “tujuan utama” hidup ini, iaitu redho Allah. Dan redho Allah, salah satunya, dalam bentuk syurga. Dalam hal ini, ada beberapa orang yang telah dimaklumkan oleh Allah bahawa ia telah masuk syurga dan beberapa orang lainnya belum. Bolehkah begitu? Benar, kerana kesalihan dan ketakwaannya, orang-orang ini telah dijanjikan Allah akan masuk syurga, padahal kematian belum merenggutnya. Suatu ketika Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t., “Ya Allah, tunjukkanlah aku siapa temanku di syurga nanti!” Keinginan baginda untuk mengetahui siapa jadi temannya di syurga begitu kuat. Tidak lama kemudian Nabi Musa a.s. diberi wahyu sebagai jawapan doanya. Ia disuruh mencari sendiri ke sebuah pasar tempat penjualan daging. Kriteria orang tersebut dijelaskan pula dalam wahyu tersebut. Ia pun segera pergi menuju sebuah pasar yang dimaksudkan. Di sana Nabi Musa bertemu dengan seorang penjual daging yang kriterianya persis seperti yang disebutkan dalam wahyu. Ia menunggu berjualan sampai selesai. Ketika hari hampir petang, orang itu mengambil sekerat daging dan dimasukkan ke dalam keranjang, lalu dipikulnya dengan sebatang kayu.
Sewaktu akan pulang, Nabi Musa a.s. mendekatinya dan bertanya, ”Apakah engkau punya tamu?”
“Benar, aku punya tamu,” jawabnya. Nabi Musa a.s. diajak datang ke rumahnya. Singgahlah ia ke rumah penjual daging itu. Ia dipersilakan duduk di ruang depan dan dibiarkan sendirian. Sementara pedagang itu sibuk memasak, sebagaimana layaknya orang memasak untuk tamu yang paling dihormatinya. Selesai memasak, dia menyiapkan air dan pakaian untuk tamunya itu. Nabi Musa a.s. tetap dibiarkan sendirian, menyaksikan kesibukan. Ternyata semua itu bukan untuk Nabi Musa a.s. Orang itu masuk ke dalam bilik dan keluar menggendong seorang nenek tua yang lemah. Disuapinya, diseka dan diganti pakaiannya seperti merawat seorang bayi. Lalu nenek tua itu ditempatkan kembali ke tempat tidur seperti semula. Ketika Nabi Musa a.s. menanyakan siapa sebenarnya nenek itu, yang diperlakukan sedemikian mulia, orang itu menjawab, ”Nenek ini adalah ibu kandungku sendiri, ia telah lemah dan tak berdaya merawat diri sendiri.” Nabi Musa a.s. mengarahkan pandangannya kepada seorang nenek tua yang berbaring itu, terlihat bibir nenek itu kumat-kamit.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

No comments: