Thursday, February 6, 2014

Mati Mengangkang Dan Mata Membelalak

Burhan, 35, sudah lama memendam perasaan gelisah dan resah melihat kehidupan sebilangan remaja dan pemuda di kampung Mahoni; kampung di mana dia dilahirkan dan hingga kini menjadi tempat tinggalnya itu. Sebab, hampir setiap malam, para remaja dan pemuda kampungnya yang berkumpul dan melepak di pinggir jalan, di bawah keremangan malam, sambil bermain gitar dan menyanyi tanpa mempedulikan kententeraman orang lain. Jika hanya duduk-duduk di pinggir jalan bermain gitar seraya menyanyikan lagu dengan suara keras dan lantang, sebenarnya masih boleh diterima. Tetapi, ulah para pemuda yang lepak di jalan tersebut ternyata tidak sesederhana itu. Kebiasaan kurang baik itu sebenarnya sudah menggelisahkan hati Burhan. Tetapi, hati Burhan jauh lebih gelisah setelah dia menjumpai kenyataan pahit bahawa para remaja yang biasa duduk-duduk melepak di jalan itu ternyata menagih minuman keras. Jika sudah meneguk minuman keras, tidak jarang mereka akhirnya lupa daratan kerana mabuk. Keributan pun kerap terjadi. Apalagi, jika mereka merasa minuman yang ada kurang. Tak jarang, mereka kemudian tanpa segan silu memeras orang-orang yang melintas di jalan untuk dimintai wang guna membeli minuman. Jadi, mereka kerap mengganggu pengguna jalan yang lalu lalang di situ. Kampung Mahoni pun seperti kampung yang menakutkan. Bahkan, bagi penduduk kampung Mahoni yang tidak merasa tenteram lagi dengan karenah sebilangan remaja anak kampung itu sendiri.

Melapor kepada Parman
Burhan sedar. Dia bukan siapa-siapa di kampung Mahoni. Dia hanya orang biasa yang tidak memiliki kedudukan istimewa apa-apa, apalagi di tingkat yang lebih tinggi. Kerana itu, dia pun melihat keadaan dan berusaha mencari jalan keluar. Dan... kebetulan, di kampung Mahoni itu ada salah satu orang yang menjadi petugas keamanan dan penegak hukum. Orang itu bernama Parman, yang bertugas di sebuah institusi yang diberi tanggungjawab untuk bertindak, melayani dan memberikan rasa aman di tengah masyarakat. Hal itu sebagaimana semboyan yang didengungkan institusi tersebut: “Melindungi, Mensejahterakan dan Melayani Masyarakat” Tak salah jika Burhan berniat mengadukan hal itu kepada Parman, itulah salah satu jalan terbaik untuk dipilih dalam menyelesaikan masalah tersebut. Maka, suatu malam, Burhan pun memberanikan diri mendatangi rumah Parman. Burhan  beruntung kerana malam itu dia boleh bertemu langsung dengan Parman dan dapat mengutarakan permasalahan kegelisahannya. “Jadi, masalah itu yang membawa Burhan datang ke sini? Tidak usah khuatir. Itu sudah menjadi tugas dan tanggungjawab saya,” jawab Parman dengan santun, juga penuh tanggungjawab setelah Burhan meminta bantuan kepadanya untuk membereskan ulah pemuda kampung yang suka mabuk dan meresahkan masyarakat. Parman bahkan berjanji akan segera bertindak dalam waktu satu atau dua hari demi menjaga keamanan masyarakat di tempat dia tinggal itu.
Burhan lega. Kedatangannya tidak sia-sia. Dengan meminta “bantuan” kepada Parman, dia pun dapat bernafas lega kerana dia sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Malam itu, Burhan pun pulang dengan perasaan lega. Dia berharap tidak lebih dari satu minggu, kaum remaja dan pemuda kampung tak lagi mabuk-mabuk dan mengganggu kententeraman awam di pinggir jalan. Dia berharap, satu minggu ke depan, kampung halamannya tenteram dan tidak ada lagi kegaduhan. Tapi harapan Burhan ternyata tak seperti yang dibayangkan. Seiring perjalanan waktu, kebiasaan buruk pemuda kampung di pinggir jalan yang suka mabuk-mabuk dan meminta wang kepada pengguna jalan itu tidak terselesaikan. Tidak ada apa-apa tindakan diambil pun. Hampir tiap malam, pemuda kampung masih duduk-duduk di pinggir jalan, di bawah keremangan malam, seraya menyanyi terlolong dan mabuk. Bahkan, jumlah mereka itu bukannya berkurang, melainkan justeru bertambah. Burhan hairan. Tetapi, ada yang menggumpal dan membuat dia kebingungan; kenapa janji Parman untuk bertindak tegas terhadap pemuda yang mabuk-mabuk dan membuat keributan itu tidak kunjung menjadi kenyataan? Mereka masih berkumpul di pinggir jalan, mabuk dan membuat resah dan suka meminta wang orang yang lalu lalang. Burhan pun ingin menelusuri dan mengusut permasalahan sebenar: apakah Parman belum bertindak ataukah tindakan Parman tidak dipedulikan oleh gerombolan pemuda-pemuda nakal itu?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

No comments: