Thursday, February 6, 2014

Apakah 'Basmalah' Bahagian Dari Al-Fatihah?

Khilafiyah [perbedaan pendapat] memang selalu muncul dalam beragama. Sebab para ulama punya pandangan yang berbeda-beda dan dasar masing-masing yang diyakini kebenarannya. Termasuk bacaan basmalah [bismillahir rahmanir rahim’], apakah termasuk salah satu ayat al-Fatihah atau tidak? 
Mungkin di suatu tempat, kita temukan seseorang membaca langsung kalimat ‘Alhamdulillahi rabbil alamin’ dan seterusnya saat sedang menjalankan solat jahriyah [mengeraskan suara], sedang kalimat ‘Bismillahir rahmanir rahim’ tak terucapkan atau mungkin sengaja diperlahankan. Namun di banyak tempat, kalimat ‘Bismillahir rahmanir rahim’ tetap disertakan pengucapannya sama kerasnya dengan bacaan ‘Alhamdulillahi rabbil ‘alamin’ dan seterusnya. Kita tidak perlu hairan adanya perbedaan tersebut. Kita anggap saja sebagai sebuah kewajaran kerana bahasan soal itu masuk wilayah khilafiyah. Yang penting, perbedaan itu tidak menimbulkan kekecohan yang menjurus pada sikap paling benar, tapi justeru membuat wawasan keagamaan kita bertambah, makin mengerti bagaimana menghargai pendapat yang tidak seragam sekaligus boleh tahu bagaimana menentukan sikap agar kita tidak taklid [ikutan-ikutan] buta.

TERMASUK BAHAGIAN AL-FATIHAH, BOLEH JUGA TIDAK
Al-Fatihah termasuk salah satu surat yang memiliki keutamaan di antara surat yang lain. Bagaimana tidak, satu-satunya surat yang termasuk rukun dalam solat adalah al-Fatihah. Ulama sepakat tentang jumlah ayatnya (tujuh ayat). Hanya masalah yang muncul adalah tentang bacaan basmalah, termasuk bahagian dari surat al-Fatihah atau bukan. Soal ini, para ulama berbeda pendapat. Setidaknya, ada dua pendapat yang begitu tajam. Pertama, basmalah termasuk surat al-Fatihah, dan harus dibaca jahr (keras) dalam solat jahriyah. Kerana itu, tidak sah solatnya seseorang yang tidak menyertakan bacaan basmalah saat membaca surat al-Fatihah. Pendapat kedua, basmalah bukan bahagian dari al-Fatihah, tapi ia bahagian dari al-Quran (iaitu surat an-Naml ayat 30). Pendapat ini disokong oleh ulama Maliki, dengan sandaran riwayat Anas, “Saya solat di belakang Nabi s.a.w., Abu Bakar, Umar, Uthman dan mereka semuanya memulai bacaannya dengan alhamdulillahi rabbil ’alamin.” Mari kita petakan satu per satu. Pertama, basmalah termasuk ayat dari surat al-Fatihah. Ini pendapat Imam asy-Syafi’i, Ishaq, Abu ‘Ubaid dan Imam Ahmad. Dalilnya, hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Imam ad-Daruquthniy dalam Sunan-nya, bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,  “Jika kalian membaca ‘Alhamdulillah’, maka bacalah ‘Bismillahir rahmanir rahim’. Dia adalah ummul Quran, ummul kitab dan sab’ul matsaniy. Dan ‘Bismillahir rahmanirrahim’ adalah salah satu ayatnya.”
Di samping itu, ada juga hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. membaca keras-keras ‘Bismillahir rahmanir rahim’ ketika memberi contoh solat. Sahabat Nabi juga selalu memulai bacaan kitab Allah dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim’. Oleh sebab itu, kelompok ini menyimpulkan bahawa basmalah termasuk bahagian dari al-Fatihah, kerana al-Fatihah terdiri dari tujuh ayat, dimana basmalah termasuk hitungan di dalamnya. Bila tidak, bererti surat al-Fatihah hanya terdiri dari enam ayat. Maka, tidaklah sah bila seseorang solat kemudian membaca surat al-Fatihah tanpa basmalah. Sekarang kita masuk pendapat kedua yang menyatakan bahawa basmalah bukanlah bahagian dari al-Fatihah. Basmalah bukan termasuk ayat dalam surat al-Fatihah dan selainnya, kecuali dalam surat an-Naml ayat 30, dimana ayat tersebut mengisahkan tentang surat Nabi Sulaiman a.s. kepada Ratu Saba’ yang diawali dengan basmalah. Ini adalah salah satu riwayat dari Imam Ahmad, pendapat Abu Hanifah, Imam Malik, al-Auza’iy dan Ibnu Jarir ath-Thabari.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

No comments: