ANTARA bulan-bulan dalam kalendar Islam yang dikenali ialah bulan Syaaban, Ramadan dan Syawal. Ianya ada hubung kait dalam mengatur aktiviti ibadat umat Islam. Kedatangan Syaaban seolah memberi peringatan kepada umat Islam bahawa selepasnya akan datang pula Ramadan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Bulan-bulan ini akan datang dan pergi dalam hidup kita. Kalau diberi umur panjang, kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Sebagai umat Islam, amat wajar kita mengenali apakah dikatakan bulan Syaaban itu? Syaaban adalah istilah bahasa Arab yang berasal dari kata syi’ab yang ertinya jalan di atas gunung. Islam kemudian memanfaatkan bulan Syaaban sebagai waktu untuk menemukan banyak jalan, demi mencapai kebaikan. Ada pula yang menamakan Syaaban kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertebaran untuk mencari sumber air. Dikatakan demikian juga kerana mereka berpisah-pisah atau terpencar di gua-gua. Dan dikatakan sebagai bulan Syaaban juga kerana bulan tersebut sya’aba (muncul) di antara dua bulan, Rejab dan Ramadan. Jamaknya adalah Sya’abanaat dan Sya’aabiin. Kerana bulan Syaaban terletak di antara bulan Rejab dan Ramadan, maka Syaaban seringkali dilupakan. Padahal, semestinya tidaklah demikian. Dalam bulan Syaaban terdapat berbagai keutamaan yang menyangkut peningkatan kualiti kehidupan umat Islam, baik sebagai individu mahupun dalam lingkungan kemasyarakatan, salah satunya adalah dengan berpuasa. Sahabat Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu memperbanyak berpuasa (selain Ramadan) kecuali pada bulan Syaaban?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Itu bulan di mana manusia banyak melupakannya antara Rejab dan Ramadan, di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku diangkat, aku dalam keadaan puasa.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i). Selain disunatkan puasa Syaaban, umat Islam juga dianjurkan untuk solat sunat pada malam harinya atau yang disebut dengan Shalat Nisfu Syaaban. Nisfu ertinya setengah atau seperdua, dan Syaaban adalah bulan kelapan dari tahun Hijrah. Nisfu Syaaban secara harfiyah bererti hari atau malam pertengahan bulan Syaaban atau tarikh 15 Syaaban. Imam al-Gazali mengistilahkan malam Nisfu Syaaban sebagai malam Syafaaat, kerana menurutnya, pada malam ke-13 dari bulan Syaaban Allah s.w.t. memberikan seperti tiga syafaat kepada hambaNya. Lalu pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh.
Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...
Monday, September 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment