SEMUA orang mahu menjadi ahli syurga. Begitu juga para sahabat r.a. baik yang rapat dengan Nabi s.a.w. ataupun yang jauh mempunyai keinginan yang sama. Dengarlah hadis berikut ini. Abu Ajjuub r.a. berkata: Seorang berkata kepada Nabi s.a.w: “Beritahukan kepada saya amal perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga?” Jawab Nabi s.a.w.: “Hendaklah engkau menyembah kepada Allah dan jangan menyekutukanNya dengan sesuatu apapun, dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi famili kerabat.” (HR. Bukhari, Muslim) Ingatan Rasulullah itu tentunya meliputi ingatan kepada semua umatnya termasuklah kita-kita ini. Dan alangkah bertuahnya para sahabat di zaman Nabi s.a.w. berpeluang secara tidak langsung melihat seorang lelaki yang dijamin oleh baginda s.a.w. bakal menjadi ahli syurga. Sebabnya lelaki tersebut berani bertanyakan sesuatu kepada Nabi s.a.w. yang tentunya kita juga jika berpeluang ketika itu akan bertanya soalan yang sama. Dengarlah hadis berikut ini pula. Abu Hurairah r.a. berkata: “Seorang Badwi datang kepada Nabi s.a.w. bertanya: ‘Ya Rasulullah, tunjukkan kepada saya amal perbuatan, apabila saya kerjakan dapat saya masuk ke syurga.’ Jawab Nabi s.a.w.: ‘Engkau menyembah kepada Allah s.w.t. dan tidak menyekutukan dengan Dia sesuatu apapun, dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat yang wajib dan puasa bulan Ramadan.’
Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...
Monday, September 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment