SEBAGAI surat pembuka dari surat-surat lainnya di dalam al-Quran, al-Fatihah memang memiliki keistimewaan tersendiri. Di samping sering dibaca umat Islam ketika bersolat, surah ini juga merupakan “Pengenalan sebenar diri” Allah s.w.t. Ertinya, untuk dapat mengenal Allah lebih dekat, maka pelajarilah surah al-Fatihah ini. Menurut penulis buku ini, di dalam al-Fatihah, Allah telah diperkenalkan dalam beberapa sifat: Pengasih, Penyayang, Pencipta dan Pengatur alam semesta, Pemilik Hari Pembalasan (Kiamat), Zat yang disembah, Pemberi Hidayah, dan sebagainya. Kerana itu, atas sifat-sifat yang diperkenalkan al-Fatihah tentang Allah inilah, sebenarnya, sebagai manusia kita harus pandai bersyukur dengan banyak beribadah kepadaNya dan memperbanyak amalan salih. “Surah al-Fatihah merupakan firman Allah s.w.t. yang Allah berikan sebagai media bagi kita untuk berdialog dengan-Nya...”, tulis DR. H.C. Zen Muhammad dalam bukunya ini. Memetik pendapat Imam Ahmad bin Ruslan asy Syafi’i, Zen menulis bahawa “Kewajipan pertama dan utama manusia adalah belajar mengenal Allah seyakin-yakinnya.” Dan surat al-Fatihah ini bila kita pelajari dan resapi secara seksama, maka akan timbul keyakinan kuat tentang “keberadaan Allah”. Hal ini sekaligus membongkar pemahaman kaum Atheis yang mengatakan bahawa Allah itu tidak ada. Ertinya, alam ini ada dengan sendirinya. Padahal, dalam al-Fatihah (ayat 2), dengan jelas diterangkan bahawa yang mengatur alam ini adalah Tuhan kita, iaitu Allah. Buku ini cukup menarik untuk dibaca. Sebab, tidak sedikit kita akan menemukan analisa-analisa yang tak terduga tentang al-Fatihah dalam buku ini. Kerana itu, jangan ragu-ragu, lengkapilah daftar perpustakaan rumah anda dengan buku ini. Semoga!
Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...
Monday, September 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment