KETIKA mengerjakan umrah menerusi pakej Tabung Haji Travel and Services Mei lalu, turut serta beberapa orang remaja bersama keluarga mereka. Selain tujuan utamanya mengerjakan ibadah Umrah, mereka mempunyai hajat besar terhadap ayah dan ibu mereka (Haji Ramli dan Hajah Salbiah) yang ikut sama menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah. Terdapat dua gadis remaja yang bermunajat kepada Allah s.w.t. di depan Kaabah memohon Allah dapat menyembuhkan penyakit ayahnya yang diserang “angin ahmar” sejak beberapa waktu lalu. Mereka bermunajat agar mereka sekeluarga dikurniakan Allah kesihatan. Memohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sekeluarga. Sepanjang mengerjakan Umrah, itulah kesempatan yang amat berharga untuk bermunajat kepada Allah agar doa dan hajat mereka di makbulkan Allah s.w.t. Salah seorang gadis NURUL HIDAYAH, 26, berkata, inilah kesempatan yang menjadi impiannya untuk menjejakkan kaki di tanah suci Makkah dan Madinah, dan ini banyak menguji kesabaran dan pelbagai pengalaman pahit dan manis.
Ayahnya, (Haji Ramli, 56) yang menghidap “angin ahmar” terpaksa menggunakan kerusi roda dan kedua-dua anaknya ini yang menolaknya berganti-ganti sama ada keluar dari hotel untuk ke Masjidil Haram atau pun ke Masjid Nabawi di Madinah. Begitu juga ketika melakukan tawaf dan Sa’i, Nurul Hidayah dan kakaknya Nurul Akmar bergilir-gilir menolak kerusi roda yang diduduki ayah kesayangan mereka. Semasa di depan Kaabah selepas melakukan tawaf, ayahnya telah berdoa mohon kepada Allah agar penyakitnya disembuhkan dan diampunkan segala dosa yang ada. Nurul memberitahu lagi, bahawa pada suatu malam selepas sembahyang Isyak, dia bersama ibu dan kakaknya terus membuat tawaf sunat. Memang, hasratnya untuk dapat mencium Hajarul Aswad sudah lama terpendam dalam hatinya. “Saya beritahu kepada Mama dan kakak tentang hasrat itu. Maklumlah, kalau nak datang lagi ke Makkah dan Madinah bukanlah mudah,” kata Nurul lagi. Sebelum itu, kata Nurul, “Kami bersembahyang taubat di satu sudut di tepi Kaabah. Dan kemudian kami masuk ke kawasan Hijir Ismail sembahyang sunat lagi. “Kami memohon ampun kepada Allah s.w.t., dan memohon agar Allah sembuhkan penyakit ayah. Kami juga memohon ampun agar Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa kami dimasa lalu. “Kami juga memohon agar Allah memudahkan apa juga perkerjaan ibadah semasa berada di Makkah apa lagi semasa berada di dataran Kaabah itu. Kemudian kami pergi ke kawasan “Rukun Yamani” di sana kami berdoa lagi. “Dan di penjurunya terletak “Hajarul Aswad”, dan kami berusaha untuk menyelit masuk ke penjuru tersebut ditengah-tengah lautan jemaah yang berasak-asak. “Sedang kami mencari-cari jalan untuk kepenjuru tersebut, tiba-tiba muncul seorang hamba Allah yang menawarkan diri untuk membantu kami. Pada mulanya kami ragu-ragu untuk menerima tawaran itu, tetapi oleh kerana hamba Allah itu beria-ria sangat untuk membantu, akhirnya kami bersetuju. “Sebelum Nurul dan emak masuk ke kawasan Kaabah, orang ramai sudah bersesak-sesak dan berhimpit-himpit untuk mencium Hajarul Aswad. “Hamba Allah ini mengingatkan kami sambil berpesan supaya menyilangkan kedua-dua belah tangan kami ke dada. Segala-galanya berlaku begitu cepat dan pantas. “Hamba Allah itu menolak Nurul dan Mama ke dinding dan terus menuju ke Hajarul Aswad. Dada Nurul terasa begitu sesak. Seluruh badan Nurul rasa nak remuk akibat ditolak oleh Hamba Allah itu.
“Kedengaran orang ramai disekeliling memarahi antara satu sama lain supaya tidak bertolak-tolak dalam bahasa masing-masing. Nurul berdoa dan terus berdoa agar Mama dan Nurul selamat dari rempuhan manusia tersangat ramai itu. “Nurul kuatkan tenaga mengepung Mama jangan sampai terjatuh ditolak orang. Entah beberapa minit, Nurul dan Mama berada di hadapan Hajarul Aswad dan Nurul melihat Mama sudah dapat mengucup Hajarul Aswad. “Sekarang tibalah giliran Nurul, tiba-tiba jemaah semakin menjadi agresif. Hamba Allah itu segera memegang kepala Nurul dan terus membenamkan muka Nurul ke dalam Hajarul Aswad. “Pada ketika itu tidak dapat digambarkan perasaan Nurul terasa amat bersyukur kerana tetap diberi peluang oleh Allah untuk mencium Hajarul Aswad walau pun dengan cara begini.” Begitulah cerita Nurul Hidayah dengan penuh emosi, sambil menyambung ceritanya lagi. “Untuk seketika Nurul sempat berdoa agar kami sekeluarga diberikan kesihatan yang baik terutama ayah dan ibu dan diampunkan dosa-dosa kami. “Beberapa saat kemudian terasa badan Nurul ditarik kuat oleh orang ramai. Hati Nurul kembali gusar dan Nurul cepat-cepat berdoa agar Mama dan Nurul di permudahkan dan selamat keluar dari rempuhan jemaah yang ramai itu. “Semasa Nurul dan Mama berhimpit-himpit untuk keluar, tiba-tiba Mama terjatuh. Pada ketika itu Allah saja yang tahu perasaan Nurul dan tanpa berfikir panjang Nurul menjerit sekuat hati sambil menarik Mama bangun semula. “Mungkin kerana Nurul menjerit terlalu kuat, jemaah sekeliling menjadi terkejut dan sepantas kilat Hamba Allah yang membantu kami itu menarik kami keluar dari rempuhan manusia yang ramai itu. “Kami terus dibawa ke tong air Zam-zam diberi minum untuk menenangkan kami. Sedang Nurul meneguk air Zam-zam itu terasa seluruh badan Nurul menggigil dan Nurul terus berdoa agar diri ini lebih tenang lagi. “Kemudian hamba Allah ini mengajak kami duduk disatu tempat. Pada anggapan Nurul tentulah dia mahu bertanyakan pengalaman kami sebentar tadi tetapi ternyata, ia sangat mengecewakan dan memeranjatkan Nurul dan Mama.
“Rupa-rupanya hamba Allah itu ...
Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...
Monday, September 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
itulah ada sindikit yang nak menolong tetapi mengharapkan bayaran. Nak cium hajarul aswad pun nak kena bayar toll. Dengan Allah pun nak 'RASUAH'... Masya Allah... jangan terlibat dengan ini. mohon kepada Allah sahaja supaya diberi kekuatan dan tidak menyakitkan manusia lain.
Comform mamat indon la tu...
Post a Comment