Tuesday, December 11, 2012

Naik Ke Jabal Qubis Gunakan Tangga Batu

Wan Osman (Allahyarham) mempunyai abang yang menetap di Makkah. Abangnya ialah seorang “Sheikh Haji”. Semua jemaah haji dari Kelantan atas kelolaan abangnya. Oleh kerana Wan Osman seorang pegawai kedutaan, dan abangnya pula seorang “Syeikh Haji” memudahkan saya untuk berurusan membuat ibadah haji, walau pun ketika itu saya belum dipastikan lagi menjadi “Tetamu Kementerian Penerangan Arab Saudi”
Apabila urusan paspot saya sudah beres di airport, dan Wan Osman memberitahu saya: “Anta jangan susah hati, anta akan dapat buat haji, walaupun anta tidak jadi tetamu kementerian...” Semasa di Jeddah, Wan Osman telah menguruskan mengenai “pass” untuk saya semasa berada di Makkah juga di Madinah. Saya telah dibawa ke Kementerian Haji bagi menguruskan “pass istimewa” itu. Akhirnya, saya diberi satu pass. Dengan pass itu, saya boleh pergi ke mana saja dengan menunjukkan pass itu, yang di dalamnya ada tertera nama dan gambar saya serta pekerjaan saya. Nama “journalist” merupakan satu “lesen besar” bagi saya untuk ke mana saja. Sebenarnya, saya ada seorang “sepupu” yang tinggal di Makkah. Namanya Haji Abdullah bin Haji Mohd Yatim. Beliau adalah abang kepada bekas Mufti Melaka, Dato’ Haji Mohd Yunus Haji Mohd Yatim. Haji Abdullah ialah seorang guru yang mengajar di sebuah Madrasah bernama “Madrasah Al-Falah” di Bandar suci Makkah. Wan Osman sudah pun memaklumkan kepada sepupu saya tentang kedatangan saya ke Makkah nak buat haji. Dua hari lagi nak wukuf, Haji Abdullah datang ke Jeddah menjemput saya untuk tinggal bersamanya di “Jabbal Qubbis”. Petang itu saya berangkat ke Makkah.
Pada jam kira-kira 2 pagi saya bersama dengan “Abang Dolah” buat Umrah haji tamato’. Mula-mula saya tawaf dulu, yang ketika itu saya bertemu dengan Pak Kiyai Fathullah Haron yang sedang tawaf. Selepas tawaf saya sa’i dan terus bercukur. Selesailah saya buat umrah haji Tamato’. Oleh kerana buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke tanah suci, dan usia pun masih 28 tahun, saya tidak banyak dapat menggunakan peluang, beribadat di Masjidil Haram ketika itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

No comments: