Tuesday, December 11, 2012

Tanda-Tanda Kebesaran Allah s.w.t.

Assalamualaikum wr wbt, Alhamdulillah puji syukur terhadap Allah di atas kenikmatan dan rahmatnya yang tercurah pada sekian hambanya dan masih lagi diberikan kesihatan sehingga kita dapat menyambut Awal Muharram 1434 dalam keadaan aman sejahtera. Selawat dan salam tercurah kepada nabi yang paling afdal iaitu Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya, para sahabatnya serta para pengikutnya dari dahulu sampai sekarang. Harus kita sedari bahawa segala yang wujud di alam dunia yang fana ini adalah ciptaan Allah yang diperlukan oleh manusia, cuma tinggal manusia itu sendiri yang mengatur serta mengurus segala keperluan itu mengikut syariat yang ditentukan oleh Allah. Kita harus ingat bahawa segala yang wujud itu tidaklah sama dengan yang mewujudkannya. Firman Tuhan dalam surah Asy-Syura ayat 7, yang bermaksud: “Tidaklah ada sesuatu apa pun yang serupa dengan Dia (Allah) dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
Dalam hal ini Ibnu Ataillah dalam kitab Tanwir dan menurut ahli makrifat bahawa sesuatu selain Allah itu tidaklah dikatakan ada, kerana adanya Allah itu sejak azali, tidak terawal dan tidak juga berakhir, lagi pula Dia tidak beranak dan juga tidak diperanakkan, wujud Allah itu selamanya. Oleh sebab itu barang siapa yang melihat sesuatu yang ada tapi tidak melihat kepada yang mengadakan, maka di sini, bererti ada penghalang yang menyebabkan manusia tidak dapat melihat wujudnya Allah. justeru itu manusia harus berusaha serta mencari bagaimana caranya untuk kita mengenalkan Allah dan kita harus ingat bahawa manusia dapat mengenal Allah bukan dengan usaha semata, akan tetapi manusia dapat mengenal Allah adalah berkat kurnia dan kekuasaan Allah jua. Kerana Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu. Dia berkuasa untuk menghalangi manusia melihat kepadaNya. Melihat Allah di sini bukannya melihat dengan mata kepala yang ada ini, melihat Allah itu dengan mata hati, firman Tuhan dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan Dia tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha mengetahui.” (Al-An’am: 103)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran,,,

No comments: