Tuesday, December 11, 2012

Tiga Hari Bersama Penghuni Syurga

PARA sahabat Nabi s.a.w. terkenal dengan kesalihannya. Mereka pun, sebahagian besar, dijamin masuk syurga oleh Rasulullah s.a.w. Meski begitu, ada saja di antara sahabat yang iri dan teruja ketika Rasulullah menyebut orang lain akan dijanjikan masuk syurga. Salah satunya adalah Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan Ahmad dan An-Nasa’i, Anas bin Malik bercerita tentang kejadian bersama Rasulullah s.a.w. “Pada suatu hari kami duduk bersama Rasulullah s.a.w., kemudian baginda bersabda, ‘Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.’ Tiba-tiba muncullah lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya. Dia memegang kasutnya pada tangan sebelah kiri.” Esok harinya, Rasulullah s.a.w. berkata begitu juga, “Akan datang seorang lelaki penghuni syurga.” Dan muncullah lelaki Ansar yang sama. Begitulah, Nabi s.a.w. mengulang sampai tiga kali. Ketika majlis Rasulullah selesai, Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. mencuba mengikuti lelaki yang disebut Nabi sebagai penghuni syurga ini. Kemudian dia berkata kepadanya, “Saya ini bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji kepada ayah bahawa selama tiga hari saya tidak akan pulang ke rumah menemuinya. Mauhkah kamu memberi tempat tinggalan buat saya selama hari-hari itu?” Abdullah mengikuti orang itu ke rumahnya, dan tidurlah ia di rumah orang itu selama tiga malam. Selama itu, Abdullah ingin menyaksikan ibadah apa gerangan yang dilakukan orang yang disebut Rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama tiga hari itu dia tidak menyaksikan sesuatu yang istimewa di dalam ibadahnya. Kata Abdullah, “Setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sampai-sampai aku meremehkan amalannya, lalu aku berkata, “Hai Hamba Allah, sebenarnya aku tidak sedang bertengkar dengan ayahku, dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah berkata tentang dirimu sampai tiga kali. “Akan datang seorang darimu sebagai penghuni syurga.” Aku ingin memperhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amal yang sama aku mencapai kedudukanmu.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

No comments: