Monday, December 10, 2012

Kisah Abu Jahal Rampas Harta Orang Nasrani

DALAM masa Rasulullah s.a.w. masih lagi berada di Makkah, berbagai peristiwa berlaku. Kepada Bagindalah semua orang mencurahkan isi hati mengadu berbagai perkara. Ada yang bertemu dengan Nabi s.a.w. untuk mendapatkan nasihat. Ada pula yang datang mengadukan pelbagai perkara. Kadang-kdang hal yang kecil pun, Baginda sendiri yang menguruskannya sehingga perkara itu selesai. Ada satu riwayat diceritakan bahawa pada satu ketika Rasulullah s.a.w. bersama sahabat sedang duduk-duduk membincangkan pelbagai perkara mengenai agama. Dalam perbincangan tersebut termasuk juga seorang sahabat Nabi s.a.w. yang paling setia Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika itu kebetulan Rasulullah berada di rumah ayah mertuanya, Abu Bakar Siddiq. Ketika sedang berbual-bual, tiba-tiba terdengar pintu rumah, di ketuk orang. Bilal bangun dari duduknya dan pergi ke muka pintu. Dilihatnya ada seorang lelaki berbangsa Nasrani berdiri di depan muka pintu. Lelaki Nasrani itu bertanya: “Adakah Muhammad bin Abdullah ada di sini?” Bilal menjawab: “Ada,” dan lalu mempersilakan lelaki berbangsa Nasrani itu masuk. Kemudian lelaki itu berkata kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Muhammad, engkau mendakwa diri kamu Rasulullah, kalau benar demikian, maka hendaklah engkau menolongku terhadap orang yang telah menganiaya saya.”
Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalahnya. Katakanlah kepadaku siapakah orang yang menganiaya kamu?” Orang Nasrani itu berkata: “Abu Jahal bin Hisyam telah merampas harta saya.”
Sebaik sahaja Rasulullah mendengar aduan orang Nasrani itu baginda pun bangun, ketika itu adalah waktu tengah hari. Apabila Rasulullah mahu pergi ke rumah Abu Jahal, Bilal dengan segera memberitahu Rasulullah bahawa waktu ini Abu Jahal sedang tidur. “Sekarang dia sedang tidur tengah hari, kalau Rasulullah pergi waktu dia sedang tidur, kami khuatir dia akan marah dan mungkin akan menyakiti engkau,” ujar Bilal kepada Rasulullah dengan nada bimbang. Walaupun telah mendengar kata-kata Bilal itu, Rasulullah tetap ingin meneruskan niatnya untuk pergi ke rumah Abu Jahal. Sesampai saja Rasulullah di rumah Abu Jahal Baginda mengetuk pintu rumah Abu Jahal dengan keadaan marah. Apabila Abu Jahal mendengar suara mengetuk pintu rumahnya, dia pun membuka pintu rumahnya. Sebaik sahaja pintu rumah terbuka maka Abu Jahal terpandang Rasulullah lalu berkata: “Masuklah ya Rasulullah, mengapa kamu tidak menghantar wakil kamu  sahaja, sudah tentu aku akan datang sekiranya kamu memanggil aku.” Rasulullah pun berkata: “Wahai Abu Jahal, kamu telah merampas harta orang Nasrani ini, oleh itu hendaklah kamu kembalikan hartanya.”
Apabila Abu Jahal mendengar kata-kata Rasulullah itu dia pun berkata: “Apakah hanya disebabkan ini engkau datang ya Rasulullah. Kalaulah engkau hantarkan wakilmu sahaja, sudah tentu aku kembalikan harta orang ini kepadanya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

No comments: