KITA semua sangat-sangat beruntung kerana Allah s.w.t. telah menganugerahkan kita Al-Quran. Dalam kitab suci yang turun dari langit ini, ada mengandungi peraturan hidup bagi manusia terutama umat Islam. Cubalah kita bayangkan betapa sulit dan susahnya, kalau kita tidak ada Quran, tentulah kita tidak ada undang-undang bagaimana mahu menjalani penghidupan kita seharian. Kalaulah tidak ada al-Quran, tentulah kita semua akan berkahwin dengan emak sendiri. Tetapi Allah s.w.t. telah menganugerahkan al-Quran kepada kita, maka semuanya itu tidak berlaku. Kerana semua undang-undang dan peraturan hidup manusia sudah di beritahu dalam Quran yang disampaikan wahyu itu menerusi UtusanNYA, Nabi Muhammad s.a.w. Itulah sebabnya sekarang, banyak kejadian yang luar biasa yang seolah-olah macam “binatang di hutan belantara” terjadi dalam masyarakat kita. Ini semata-mata mereka ini tidak ikut undang-undang dan peraturan yang sudah digariskan oleh Allah s.w.t. dalam Quran, dan petunjuk dari Nabi kita Muhammad s.a.w. Oleh kerana tidak ikut petunjuk al-Quran, maka terjadilah perbuatan dimana anak “balon emak”. Bapa balon anak dan cucu sendiri. Perbuatan-perbuatan jijik dimana abang ratah adik dan kakak kandung sendiri. Sebahagiannya di dalam rumah dimana ibu bapa tahu perbuatan anak-anak itu. Kemudian berlaku perbuatan-perbuatan “Zina” di sana sini. Seolah-olah zina itu dibenarkan oleh agama. Apabila lahir anak hasil dari perbuatan zina antara keluarga sesama keluarga, maka anak yang baru dilahirkan itu dibuang dalam tong sampah kerana dikhuatiri malu. Ini, adalah diantara gejala-gejala dari orang-orang yang tidak membaca al-Quran, tidak mendengar ceramah-ceramah berhubung dengan al-Quran dimana didalamnya ada undang-undang dan peraturan hidup manusia. Kalau emak bapak sendiri tidak pernah baca Quran, macam mana anak-anak tahu baca? Itulah sebab terjadinya, bapak heret anak-anak masuk kelambu, kemudian “balon” anak sendiri. Emak yang tak tahu apa-apa mengenai hukum hakam agama, diam aje, tidak boleh nak buat apa-apa. Kalau bapa “buta kayu”, tetapi isteri celek ilmu tahu dalam hukum hakam agama, dan membaca al-Quran, mendengar syarahan agama, dengar kuliah di TV dan sebagainya bila melihat anak kena “balon” oleh suami sendiri, si isteri boleh buat aduan kepada polis. Atau pun membuat aduan kepada pejabat agama, atau pun kepada imam atau pun kepada pegawai agama masjid dan surau mengenai suaminya “membalon” anak sendiri dalam kelambu. Tetapi oleh kerana emak dan keluarga lain sama “dua kali lima”, perbuatan mungkar yang berlaku dalam rumah sendiri didiamkan begitu saja. Bahawa sekiranya dalam sesebuah rumah dan dalam sesebuah keluarga itu tidak ada orang yang tahu membaca al-Quran, jauh sekali menyimpan senaskah al-Quran, maka jauh dari Rahmat Allah. Kalau dalam keluarga itu tak tahu selok belok agama, apa lagi membaca al-Quran, tentu mereka tidak tahu macam mana nak solat, nak puasa, dan zakat dan nak naik haji. Katakanlah nak keluar zakat dan haji, kerana tak mampu, tetapi sembahyang? Puasa? Tak kan tak mampu? Kerana kedua-dua ibadat ini tidak memerlukan wang? Orang yang tidak sembahyang dalam hidupnya akan hilang segala-galanya di dunia ini. Hilang maruah, hilang ‘barakah’ dalam hidupnya dan dia sebenarnya menanggung dosa paling besar kerana tidak sembahyang. Ada satu cerita tetang masalah ini. Pada zaman Kaum Bani Israil, ada seorang wanita datang bertemu dengan Nabi Musa a.s. Dia mengaku kepada Nabi Musa meminta Nabi Musa mendoakannya, agar Allah mengampunkan dosanya, kerana dia telah melakukan dosa yang paling besar sekali. Nabi Musa lalu bertanya kepada wanita itu: “Apakah dosa yang telah engkau lakukan?”
Wanita itu menjawab: “Aku telah melakukan zina sehingga melahirkan anak, kemudian anak itu aku bunuh.”
Apabila Nabi Musa mendengar pengaduan wanita itu, Nabi Musa cukup marah, lalu menghalau wanita itu dari tempat itu. Maka dia pun pergi dari situ dengan perasaan sedih dan hampa, sedangkan dia sudah pun bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya itu. Tidak lama kemudian turun Malaikat Jibril a.s. dari langit dengan perintah Allah s.w.t. menemui Nabi Musa a.s. Malaikat Jibril berkata kepada Nabi Musa a.s.: “Allah s.w.t. menyampaikan salam kepada engkau dan bertanya kenapa engkau menghalau wanita itu. Tidakkah engkau tahu bahawa ada dosa yang lebih besar lagi dari apa yang dilakukan oleh wanita itu,” Allah sampai kepada Nabi Musa menerusi Malaikat Jibril pertanyaan ini. Nabi Musa a.s. lalu bertanya kepada Malaikat Jibril: “Apakah dosa yang paling besar lagi selain dari dosa yang dilakukan oleh wanita itu?”
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...
Thursday, November 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment