DALAM masa jenazah diusung oleh orang ramai untuk dikebumikan di tanah perkuburan, jenazah itu merintih.
Rintihan jenazah itu dapat didengar oleh makhluk yang ada di atas muka bumi ini, kecuali yang tidak dapat mendengarnya ialah Jin dan manusia. Kalaulah rintihan jenazah itu dapat didengar oleh manusia, terutama mereka yang sedang mengusungnya, tentulah tidak sesiapa pun yang berani mengusungnya. Kalau jenazah itu termasuk dalam golongan insan yang beramal salih dan beriman, maka dia akan memohon supaya disegerakan pengkebumiannya. Kerana dia sudah tahu tempatnya di alam barzakh, dan sebab itulah dia mahu dikebumikan segera. Jenazah itu juga tahu bahawa nikmat kubur sudah menantinya, dan sentiasa menunggu kehadirannya.
Seorang ustaz ketika menyampaikan kuliah agamanya di sebuah madrasah di ibu kota tidak lama dulu telah menceritakan kisah dari kitab berhubung dengan perkara ini. Apa yang diceritakan oleh ustaz ini memang ada disebutkan dalam kitab-kitab agama. Kalau kita rajin membacanya kita akan temuinya. Kelihatan para jemaah yang mendengar ceramahnya itu ternganga mulut mereka. Cerita yang dibawa oleh ustaz ini ketika beliau menerangkan mengenai bagaimana manusia sudah sampai ajalnya, dan dicabut rohnya oleh “Malaikat Maut”.
Dalam kaitan ini, ustaz tersebut telah menarik perhatian para jemaah dimana kalau ada mayat yang baru meninggal dunia, hendaklah disegerakan pengkebumiannya, jangan dilambat-lambatkan dengan membaca itu dan ini lagi. Kemudian pada malam berikutnya, seorang lagi ustaz memberikan ceramahnya. Ceramah atau kuliah ustaz ini agak menarik. Beliau ialah Ustaz Dr. Haji Shahrul Akhbar. Beliau merupakan ustaz yang paling kanan mengajar di Madrasah di tempat kami, MADRASAH AL-HUDA. Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang isi kuliahnya, yang saya kira ia perlu diketahui oleh umum kerana masalah yang dibentangkannya berbentuk umum.
Dalam kuliah itu ustaz Shahrul telah membacakan sebuah hadis Nabi s.a.w. yang agak panjang. Hadis tersebut menjelaskan mengenai satu mimpi Nabi s.a.w. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madini. Katanya Nabi s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bermimpi akan satu mimpi yang ajaib malam tadi. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawanya, maka menjelmalah ketaatannya kepada ibu bapanya, lalu menghalang Malaikat Maut itu daripadanya.
“Aku juga melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka muncullah zikrullahnya, lalu menghalau syaitan-syaitan daripadanya. “Aku melihat seorang dari umatku telah diseret oleh Malaikat azab, maka segera datang solatnya serta melepaskannya dari tangan mereka. “Aku melihat seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga. Setiap dia mendatangi satu perigi, ia dihalangi untuk meminum air perigi tersebut, lalu datang puasanya serta memberinya minuman hingga ia merasa puas. “Aku melihat seorang dari umatku sedang diliputi jerebu yang sangat gelap, dihadapannya gelap, di kanannya gelap di kirinya gelap dan di bawahnya juga gelap sedangkan dia dalam keadaan bingung. Maka menjelmalah amalan Haji dan Umrahnya dan mengeluarkannya dari suasana kegelapan, lalu memasukkannya dalam suasana terang benderang. “Aku melihat seorang dari umatku mengunjungi kumpulan para nabi yang ketika itu sedang duduk bersama-sama. Setiap dia cuba mendekati, ia dihalau dari tempat itu, maka datanglah amalan mandi junubnya memimpinnya ke kumpulan para nabi itu serta menunjukkan supaya duduk di sampingnya. “Aku melihat seorang dari umatku berbicara kepada kaum mukmin, tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka datanglah amalan silaturahimnya serta menyeru orang itu, katanya: “Wahai kaum mukmin sesungguhnya orang ini sangat suka membantu kerabatnya, maka sambutlah bicaranya lalu mereka pun berbicara dengannya dan bersalaman dengannya. “Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang dan percikan api di mukanya. Lalu datanglah amalan sedekahnya menghalangi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...
Friday, November 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment