ASSALAMUALAIKUM WR.WBT
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamammad s.a.w. Masa terus berjalan, silih berganti. Minggu ke minggu, bulan ke bulan. Yang pergi menemui Illahi terus pergi, sementara yang tinggal meneruskan hidup di bumi Allah ini. Dan tingkatkanlah amal ibadat dalam baki usia tak seberapa lagi ini. Rasanya baru saja Syawal ditinggalkan, kita kini telah menghampiri pula bulan Zulhijjah. Begitulah gelombang hidup yang meliputi umat Islam. Setiap masa ada saja anugerah dari Allah Taala. Oktober ini kita menyaksikan gelombang para bakal haji dari Malaysia dan seluruh pelusuk dunia ini untuk menyahut panggilan Allah ke tanah suci. Sebenarnya kedatangan Zulhijjah ini lebih terasa dan lebih lama di‘rai’kan bermula proses persiapan mengerjakan haji dan kembali semula ke tanah air yang mengambil masa hampir sepurnama. Bertuahlah para bakal haji dapat menjijak bumi Rasulullah s.a.w. Namun kita di sini juga tidak ketinggalan meraikan Zulhijjah ini. Malah kita juga turut bersiap sedia dengan urusan para peserta korban di kariah masing-masing. Dan ingat, proses ini juga memberi peluang kalangan masyarakat untuk saling mengeratkan kemesraan dan kenal mengenal dalam menyambut perayaan agama. Benarlah, kedatangan bulan haji ini sungguh bermakna sekali. Ibnu Umar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari yang lebih besar di sisi Allah dan lebih disukai untuk orang beramal di dalamnya melebihi dari hari sepuluh (1 – 10 Zulhijjah), kerana itu perbanyakkanlah olehmu bertakbir, bertahmid dan tahlil (Allahu akbar, Alhamdulillah, Laa ilaha illallah).” Para pembaca budiman, Hidayah terus menemui anda. Kita terus dengan tradisi saling mengingatkan. Dan ingatan yang terus menusuk ke hati kita ialah ‘kematian’. Anda hayatilah iktibar yang kami paparkan terutama kisah dalam iktibar 1. Berdoalah semoga kematian yang akan menjemput kita nanti juga hendaknya dalam keadaan yang baik. Alangkah indahnya mati dalam keadaan begitu... Buanglah sifat-sifat yang tidak baik dan busuk hati. Janganlah jadi seperti watak ‘menantu’ celaka yang berniat mahu membunuh bapa mentuanya seperti yang terdapat dalam kisah iktibar 2.
Terimalah salam kami dan kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam!
Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
Friday, November 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment