SEBAGAIMANA yang dijanjikan, kali ini saya menulis hal-hal di Singapura pula dalam era 50an dan 60an, apa orang Melayu/Islam buat. Keadaannya dalam era itu sama saja dengan apa yang terjadi di Malaysia. Tetapi di Singapura keadaannya lebih teruk lagi. Era itu masih lagi dijajah oleh British iaitu tahun 50an. Saya nak cerita pasal makan dan makanan. Semua restoran di Singapura dikendalikan sebahagian besarnya oleh orang-orang Cina. Orang-orang India muslim ada juga yang berniaga tetapi tak ramai. Orang-orang Melayu/Islam yang berniaga lebih baik dan ramai jika dibandingkan di Malaysia. Makanan Melayu diusahakan oleh orang Jawa. Kebanyakan masakan mereka memang sedap. Sate juga diusahakan oleh orang-orang Jawa ramai di Singapura zaman itu. Kedai maka jual roti canai diusahakan oleh mamak, termasuk kedai-kedai provision store, pasar, jualan barang-barang runcit. Tetapi orang-orang Melayu/Islam di Singapura lebih suka makan di restoran yang dikelolakan oleh orang-orang Cina. Di Singapura ketika itu terkenal dengan masakan Mi Hong Kong, Mi Hailam, nasi ayam dan segala macam mi. Biasanya yang pedas-pedas diusahakan oleh mamak-mamak. Jenis mi yang disebutkan itu biasanya orang-orang Melayu tak tahu buat. Yang tahu hanya orang-orang Cina saja. Begitu juga dengan nasi ayam, hanya orang-orang Cina saja yang tahu. Nasi ayam di Singapura, ayamnya tidak pasti lagi di sembelih atau pun tidak. Yang biasanya tidak sembelih, kerana era itu hukum hakam agama tidak begitu ketat sangat. Era itu tidak ada Majlis agama Islam. Ketua-ketua agama yang mengendalikan hal ehwal agama memang ada. Para ustaz, ilmuan Islam ramai. Tetapi kebanyakan tokoh-tokoh agama yang memberi syarahan agama datangnya dari Indonesia. Di Singapura nama yang terkenal dalam bidang agama ialah ustaz Haji Daud Ali.
Tokoh-tokoh agama dan ulama-ulama dari Indonesia yang sering berkunjung ke Singapura ialah Pak Hamka, Kiai Annuar Musadad, Habib itu dan Habib ini. Para ulama ini memberikan syarahan agama. Dalam syarahan itu ramai orang Islam Singapura mendengarnya kerana tidak ada ulama yang boleh diketengahkan untuk memberi ceramah ataupun syarahan agama di khalayak. Satu perkara agak menarik yang saya nak tulis. Saya tinggal di kawasan Geylang Serai. Sebahagian besar penduduk-pendudukan adalah orang Melayu. Bangsa-bangsa lain boleh dibilang dengan jari. Walau pun begitu, kedai jahit, kedai jual pisang dan buahan yang ada disekililing kawasan itu dikuasai oleh orang-orang Cina. Orang-orang Melayu (Jawa) cuma jual makanan saja. Dikawasan Geylang Serai, ada satu jalan namanya Joo Chiat Road. Di kawasan ini banyak kedai dan kedai kopi dan restoran Cina. Di samping itu ada lorong kecil untuk orang Melayu berjualan makanan ringan seperti mi rebus, soto, tauhu, sate dan lain-lain makanan. Zaman itu orang Melayu/Islam, Cina, India/Hindu boleh makan semeja. Siapa masak mi hailam, mi Hongkong orang Melayu boleh makan, orang India muslim juga boleh makan. Tidak ada perasaan bimbang ataupun ragu-ragu apakah makanan ini halal atau tidak. Semuanya makan sama. Ada satu hal yang saya nak ceritakan. Ada satu lorong kecil di Joo Chiat Road di sini ada seorang Jawa menjual sate. Orang jual sate zaman itu tidak sama dengan zaman ini. Penjual sate menyediakan kuah satenya dalam sebuah periuk. Penjualnya tidak menyediakan mangkuk untuk isi kuah, timun, bawang dan lain-lain bahan. Mereka yang nak makan sate akan berkeliling ditempat wak membakar sate. Apabila sate sudah dibakar, wak sate akan letakkan dalam pinggan. Kita yang nak makan, duduk saja di atas sebuah bangku kecil rendah. Semua orang yang makan sate di situ akan mengelilingi periuk yang berisi kuah dan mencicah sate itu dalam periuk tersebut. Semua bangsa yang makan mengelilingi periuk itu akan berbuat demikian. Kalau seorang Cina mencelup satenya, kemudian tidak habis dimakan, maka bakinya dicelupkan semula dalam periuk itu. Dan semua orang buat macam tu. Kuah sate tu sentiasa berada didalam periuk itu, dan kalau kurang penjualnya akan tambah. Habis makan, mereka pergi. Kemudian orang lain pula datang makan, dan menggunakan kuah sate yang sama dalam periuk itu. Cubalah kita bayangkan, semua bangsa, Melayu/Islam, Cina, India/Hindu, Indian muslim sama-sama mencelup sate dalam satu periuk.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...
Thursday, November 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment