DULU, bila disebut kubur, semua orang takut. Malah nak lalu kawasan tanah perkuburan itu pun, orang takut. Konon, ‘hantu kubur’ akan bangkit mencekik mereka. Itulah kepercayaan karut setengah orang dulu-dulu. Apa perlunya kita takut kepada orang mati? Kerana dia sudah mati? Yang kita takut ialah orang yang hidup, kerana dia boleh buat apa saja kepada kita, kerana dia masih hidup? Tetapi kalau orang sudah mati, nak takut apa lagi? Lebih-lebih lagi dia sudah pun dikebumikan dalam tanah? Ini, pandangan dan sikap orang-orang sekarang. Mereka tidak takut lagi kepada kubur dan juga tanah perkuburan. Bahkan orang mati pun mereka tidak takut lagi. Satu kejadian dimana terjadi segolongan remaja menggali kubur kerana mahu mengambil harta yang ada dalam kubur itu. Kita yang yang membaca berita itu pun, tersenyum-senyum dibuatnya kerana mereka sanggup gali tanah kubur semata-mata dia tahu ada wang ditanam sama dengan orang yang sudah mati dalam kubur itu.
Biasanya kepercayaan menanam harta berupa wang, emas, perak dan juga barang-barang yang berharga lainnya dilakukan oleh orang-orang bukan Islam. Fahaman atau kepercayaan mereka, orang sudah mati dalam kubur itu pergi ke satu alam lain. Alam yang mereka pindah itu memerlukan perbelanjaan. Itulah sebabnya, si mati dibekalkan dengan “wang tunai”. Kadang-kadang ada dibekalkan dengan emas, dan barang-barang bernilai yang boleh si mati itu membuat perbelanjaan. Itu kepercayaan orang-orang bukan Islam. Kadang-kadang kita lihat ada setengah orang bukan Islam apabila keluarga mereka mati, dalam masa 10 atau pun sebulan, keluarga yang hidup akan buat kereta dari kertas. Rumah dari kertas kemudian benda-benda itu dibakar. Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat baik seorang bukan Islam mengenai perkara ini. Katanya: “Benda-benda dibakar, dan akan sampai di negeri tempat mereka tinggal sekarang. “Mereka boleh gunakan rumah dan kereta itu dalam alam yang mereka tinggal sekarang,” kata sahabat itu dengan serius. Dia yakin sungguh dengan kepercayaannya itu.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...
Sunday, October 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment