DIMANA-MANA pun masjid dan surau yang mengadakan solat tarawih, kita akan lihat semuanya mahu cepat. Semuanya mahu cepat selesai. Cepat selesai, lagi baik. Ada yang buat 21 rakaat termasuk witir, ada yang buat sebelas sahaja. Bergantung kepada jawatankuasa pengelola masjid atau surau yang menetapkan sembahyang tarawih itu. Solat tarawih sunat saja. Tetapi kalau kita menyertai sama solat-solat tersebut di semua masjid dan surau, ada diantara para imam yang meringan-ringankan saja. Kadang-kadang kita melihat ada para imam tidak begitu ambil perhatian terhadap solat tarawih ini. Sehingga boleh merosakkan rukun-rukun dan sunat-sunat solat itu. Kita pun kadang-kadang tidak faham, kenapa tiba kepada solat tarawih para imam mesti membaca cepat dan pantas. Ada setengah darinya, membaca fatihah satu nafas (sekali nafas) saja. Tetapi sembahyang-sembahyang sunat lain tidak pula sepantas begitu. Para imamnya membaca dengan tenang, sebagaimana mereka mengimamkan solat fardu setiap hari. Kadang-kadang kita melihat ada yang meninggalkan “thuma‘ninah” semasa sujud dan rukuk, atau pun membaca dengan cepat ayat-ayat Quran sehingga ada huruf yang tidak jelas “Makhrajnya”. Semuanya itu dilakukan kerana terlalu tergesa-gesa dan inginkan supaya cepat habis atau pun selesai. Sebenarnya, perbuatan tergesa-gesa ini adalah “tipu daya syaitan” semata-mata, yang mengusik hati orang-orang beriman supaya bersikap demikian. Sebab menurut pandangan agama, perbuatan tergesa-gesa itu akan menggugurkan pahala amal baik orang yang beriman. Kadang-kadang kebanyakan orang yang taat kepada syaitan, solatnya selalu tergesa-gesa dan terkesan selalu dalam bentuk bermain-main saja. Yang demikian orang yang mengerjakan sembahyang sama ada sembahyang fardu atau pun sunat hendaklah melaksanakannya sesuai dengan ajaran yang telah disampaikan. Seperti boleh menjejaskan bacaan al-Quran, berdiri, rukuk dan sujud thu’maninah, khusyuk, ikhlas, menghayati dan memahami makna-makna al-Quran, tasbih dan segala sesuatu yang dibaca. Sebab gerakan zahir sembahyang memang harus ditunjukkan melalui organ tubuh yang tenang dan thuma’ninah. Sedangkan perbuatan batinnya adalah dengan hati yang khusyuk. Ada ulama menyebutkan bahawa hal ini termasuk pengaruh terbesar yang menyebabkan orang-orang yang meremehkan bacaan al-Quran dalam solat tarawih dan tidak mengerjakan rukun-rukannya secara sempurna adalah kerana rakaat yang dikerjakannya harus selalu 20 rakaat. Ada ulama berpendapat bahawa ada setengah orang berpendapat bahawa Umar Ibnu Khattab telah merintahkan perkara tersebut. Padahal itu, cuma satu sangkaan yang sangat keliru. Sebenarnya, kata ulama, yang terdapat dalam sanad hadis sahih bahawa beliau telah memerintahkan solat sebanyak “SEPULUH” (10) dan ditambah satu rakaat witir. Hal ini juga, kata ulama diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kitab sahih “Al-Bukhari” dan sahih “Muslim” serta pada kitab-kitab hadis lainnya. Sekiranya, mereka menjalankan ajaran sunah, pasti sembahyang mereka lebih tenang dan khusyuk. Cubalah cari kitab yang berjudul “SHALAATUTTARAAWIIH”, bacalah perbahasannya mengenai masalah ini, dan kita akan mendapat kesimpulannya, dan umat Islam dan para ulama kita tidaklah bertengkar sehingga bertahun-tahun lamanya semata-mata soal kecil macam ini. Al-Ghazali telah memberikan contoh orang yang sembahyang yang mementingkan “lahiriah” tanpa menghadirkan batinnya, sama seperti seorang yang menghadiah seorang “dayang” yang sudah mati kepada seorang raja. Sedangkan beliau mengibaratkan orang sembahyang dengan gerakan lahir yang tidak sempurna seperti orang yang memberikan hadiah kepada raja seorang dayang yang tangannya putus dan kedua-dua belah matanya terkucil.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment