Al-Ikhlas. Siapa yang tidak hafal surah pendek yang satu ini? Sebuah surah yang kerap kali dibaca dalam berbagai kesempatan; solat, tahlil, zikir dan lain-lainnya. Bahkan, di kalangan pelajar pondok, surah ini adalah salah satu surat popular untuk solat berjemaah. Tapi, siapa sangka, di balik ringkasnya surah ini, yang memang terdiri hanya empat ayat, terkandung banyak keutamaan. Kerananya, tak aneh, bila surah ini menjadi hafalan dalam berzikir dan bermunajat. Tentu saja ada landasannya. Rasulullah s.a.w. sendiri yang menyampaikan dan menegaskannya dalam beberapa hadisnya. Antara lain: Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa pahala membaca sekali surat al-Ikhlas sama dengan membaca sepertiga al-Quran, sehingga apabila seseorang membaca 3 kali surah ini sama dengan mengkhatamkan Quran. Ehwal hadis tersebut pun terakam dalam beberapa kisah. Seperti kisah ketika Nabi s.a.w. bertanya kepada sahabatnya untuk mengkhatamkan Quran dalam semalam. Khalifah Umar r.a. menganggap mustahil hal itu. Namun begitu, Khalifah Ali r.a. yang kala itu masih remaja menyanggupinya. Umar sendiri menganggap Ali belum mengerti maksud Nabi s.a.w. kerana masih muda. Ali kemudian membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Rasulullah membetulkan hal tersebut. Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. juga bersabda: “Barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” [surat al-Ikhlash] seratus kali, maka Allah s.w.t. akan mengampuni lima puluh kesalahan yang dilakukan olehnya selama dia menjauhi empat hal: darah, harta, zina, dan minuman.” [HR. Ibn Adi dalam Al-Kamil, dan Baihaqi dari Anas]. Selain itu, Nabi s.a.w. juga pernah bersabda: “Barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” [surat al-Ikhlash] ketika memasuki rumahnya, maka Allah s.w.t. akan menyingkirkan kemiskinan dari penghuni rumah itu dan juga para tetangganya.” [HR. Thabrani dari Jarir r.a.] Sedangkan, dalam satu hadis lain, Nabi s.a.w. juga berkata: “Barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” [Surat Al-Ikhlash] dan al-Mu’awwidzatain [Surat al-Falaq dan Surat An-Nas] ketika petang dan pagi hari sebanyak tiga kali, maka dia akan mendapatkan perlindungan dari segala sesuatu.” [HR. Ahmad dan Termizi] Sementara itu ada juga hadis lainnya, yakni sebagaimana diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa membaca surat Qulhuwallahu ahad sampai akhir sebanyak sepuluh kali selepas solat Subuh, maka pada hari itu, ia tidak akan terkena dosa, meski syaitan berupaya mendekatkannya.” Ternyata, meski berada dalam urutan ke 112 dari 114 surat di dalam Quran tidak kemudian menjadikan surat ini kehilangan keistimewaanya. Sebabnya, dalam sebuah riwayat dikisahkan saat Nabi Muhammad melakukan Israk ke langit, melihat Arasy di atas 360,000 sendi dimana jarak antara sendi 300,000 tahun perjalanan, dan pada tiap sendi terdapat padang sahara sebanyak 12,000 yang luas tiap satu padang sahara itu adalah dari timur ke barat, baginda melihat pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang masing-masing malaikatnya membaca surat al-Ikhlas. Tidak hanya itu, setelah membaca surah itu, mereka berdoa agar pahala mereka diberikan kepada orang yang membaca al-Ikhlas; lelaki mahupun perempuan.
Subhanallah.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment