SEORANG mahasiswi bertanya kedudukan dan maksud sebuah hadis yang menyebut bahawa apabila wanita memakai harum-haruman, statusnya sama dengan berzina. Bagaimana sebenarnya kedudukan hadis tersebut, dan apa maksud berzina di situ. Bagaimana pula dengan wanita-wanita masa kini yang hampir tidak lepas dari berhias dan bersolek? Hadis yang dipertanyakan itu selengkapnya sebagai berikut: Wanita mana pun yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya dan menghampiri kaum lelaki agar mereka menyedut bau harumannya, maka ia berzina. Dan setiap mata pun berzina. Hadis tersebut diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh tiga orang ahli hadis, masing-masing Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitabnya al Musnad, Imam al-Nasai dalam al Sunan, dan Imam al-Hakim al Naisaburi dalam al Mustadrak, semuanya berasal dari sahabat Abu Musa al-Asy’ari. Menurut Imam al-Suyuti (meninggal tahun 911 hijrah), kualiti hadis ini shahih. Bahkan jauh sebelum Imam al-Suyuti, Imam al-Hakim al-Naisaburi (Meninggal 405 H) juga menilainya sahih. Begitu pula Iam al-Dzahabi (Meninggal 748 H) menetapkan hadis ini sahih. Sementara al-‘Allamah Muhammad ‘Abd al-Ra’uf-Minawi dalam Faidh al-Qadir menuturkan bahawa dalam sanad hadis ini terdapat rawi yang bernama Tsabit bin Ammarah yang dicantumkan oleh Imam al-Dzahabi dalam Dzail al-Dzu’afa. Pencantuman nama Tsabit bin Ammarah dalam kitab tentang rawi-rawi yang lemah hadisnya itu mengisyaratkan bahawa Tsabit bin Ammarah adalah lemah hadisnya. Imam Ibn Hatim al-Razi (meninggal 327 H) dalam al-Jarh wa al-Ta’dil menuturkan pendapat ayahnya, Imam Abu Hatim, bahawa Tsabit bin Ammarah lemah hadisnya. Sementara pengkritik hadis terkemuka, Imam Yahya bin Ma’in, berpendapat bahawa Tsabit bin Ammarah adalah tsiqah (dapat diandalkan hadisnya). Jadi hadis wanita bersolek itu masih kontroversi kualitinya, kerana faktor rawi yang bernama Tsabit bin Ammarah. Namun demikian, apabila kita kembali kepada kaedah al-jarh wa al-ta’dil, di mana bila terdapat perbezaan ulama tentang seorang rawi (yang satu menilainya lemah, yang lain menilainya kuat) maka pendapat yang diunggulkan yang menilainya lemah, dengan syarat penilaian ini disertai penjelasan tentang alasan kelemahannya. Tetapi apabila al-jarh (penilaian lemah) tadi tidak disertai penjelasan kenapa rawi tadi lemah, pendapat yang diunggulkan adalah yang menilai bahawa rawi tadi kuat hadisnya (al-ta’dil). Dalam kaitan dengan rawi Tsabit bin Ammarah ini, ternyata ulama yang menilai lemah atas rawi ini, seperti Imam Abu Ahtim al-Razi dan Imam Ahmad bin Hanbal, tidak menyebutkan sama sekali alasan lemahnya. Oleh kerana itu, berdasarkan kaedah tersebut, maka hadis wanita bersolek ini kualitinya sahih, kerana Tsabit bin Ammarah tetap dinilai tasiqah (dapat diandalkan hadisnya).
Penjelasan Hadis
Yang dimaksud dengan wanita mana pun dalam hadis ini ialah semua wanita, baik remaja, dewasa, gadis, janda, bersuami, bujangan dan sebagainya. Sebab dalam riwayat lain disebutkan idza’ista’tarat al-mar’atu (apabila wanita memakai wangi-wangian). Kata al dalam al-mar’atu adalah al-li al-istighraq (al yang memberikan pengertian mencakup semua wanita). Kemudian yang disebut wangi-wangian di sini adalah segala sesuatu yang dapat dipakai untuk mengharumkan tubuh wanita, baik berupa parfum, deodorant, kemenyan wangi, jamu wangi dan lain-lain. Dalam hadis ini tidak ada kejelasan tentang make-up yang lazim dikenakan wanita masa kini, yang dalam bahasa Arab disebut mashuq dan mikyad. Namun tampaknya, pengertian memakai wangi-wangian ini sudah mencakup penggunaan make-up yang dikenal wanita moden. Masalahnya kerana memakai wangi-wangian itu merupakan hal yang paling dominan dalam bersolek sehingga ia disebutkan dalam hadis itu. Dalam hadis itu juga disebutkan, “Kemudian wanita itu keluar dari rumahnya dan menghampiri kaum lelaki.” Ada dua hal yang perlu diperhatikan di sini, iaitu menghampiri dan kaum lelaki. Menghampiri di sini mengisyaratkan adanya unsur kesengajaan. Ia memang sengaja dekat, singgah atau lalu di kalangan kaum lelaki. Sementara yang dimaksud dengan kaum lelaki ialah lelaki yang bukan mahramnya. Dari sini dapat difahami bahawa apabila wanita itu menghampiri kaumnya sendiri yang sama-sama wanita, maka hal itu bukan yang dimaksudkan dalam hadis ini.
Wanita itu menghampiri kaum lelaki dengan maksud agar mereka menghirup keharuman tubuhnya. Maka hal itu juga faktor lain yang dapat menentukan keharaman perbuatan bersolek tersebut. Sebab dari “menikmati keharuman tubuh wanita itu” kaum lelaki dapat tertarik untuk “menikmati tubuh wanita itu.” Kerana yang akhir ini dengan tegas diharamkan, maka segala sesuatu yang menyebabkan hal itu juga termasuk dalam kategori “yang dilarang”.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment