ADA beberapa buah negara Arab sekarang heboh dengan satu ‘trend’ baru dimana ada setengah-setengah para dukun membuat kerja-kerja sihir secara terang-terangan. Para dukun ini sebahagian besarnya banyak memberikan perkhidmatan mereka kepada kaum wanita. Satu berita yang disiarkan baru-baru ini menyebut bahawa Arab Saudi juga terlibat dalam hal ini. Para ulamanya, menurut berita-berita yang sampai disini begitu prihatin atas maraknya amalan perdukunan, tukang ramal. Sihir dan sejenisnya yang beroperasi diluar aturan negara. Khidmat dan layanan yang diberikan oleh para dukun ini terhadap wanita yang sulit jodohnya, atau pun yang ingin segera mempunyai anak, dan memberikan layanan pengubatan kepada masyarakat yang mengalami berbagai penyakit kronik. Kebanyakan mereka yang menjadi dukun tukang sihir dari pendatang asing terutama dari negara-negara Afrika yang masuk ke Arab Saudi. Jumlah mereka yang masuk ini terlalu ramai. Tujuan mereka nak cari rezeki. Tahun ini pemerintah Saudi telah menangkap seorang tukang sihir. Dalam tangkapan tersebut didapati dinding-dinding rumahnya disalut dengan jampi mantera, termasuk rajah-rajah dari darah.
Soal jodoh, Allah s.w.t. yang menentukan. Begitu juga dengan anak, Allah juga yang punya kuasa mutlak untuk menentukan semuanya ini. Kita tentulah tidak boleh gunakan dukun-dukun dan tukang-tukang sihir untuk dapat jodoh segera dan juga anak. Tidak lama dulu, saya pernah melakukan ibadah Umrah. Dalam ziarah ke kebun Kurma, kelihatan ramai warga Indonesia yang berjualan disekeliling tembok, dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Ada yang menjual ubat-ubatan tentang ibu yang “mandul”. Penjualnya berkata: “Ini ada ubat, Kalau ada ibu-ibu yang mandul ingin dapat zuriat sila makan ubat ini. InsyaAllah akan dikurniakan cahaya mata.” Ada yang membelinya, dan ada yang melihat-lihat saja. Dan ada berbagai cerita dan jualan lain dijalankan ditempat-tempat serupa ini. Pendeknya, tempat-tempat atau pun kawasan ziarah dikawasan sekitar Madinah memang ada orang menjual ubat-ubat yang pelik-pelik aneh macam itu. Kita pun tak tahu, dari mana mereka memperolehinya. Biasanya, ubat-ubat serupa dari negara-negara Afrika. “Pak hitam” dan “Mak Hitam” disana memang ramai.
Mereka berjualan berbagai macam barang dan ubat. Sementara itu, rumah-rumah merupakan pondok yang dibina oleh tukang sihir dan dukun ini ada di sana. Pihak-pihak tertentu meminta kerajaan Arab Saudi supaya bertindak merobohkan semua pondok-pondok yang bertujuan untuk melakukan sihir.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment