DALAM al-Quran, Allah s.w.t. secara terangan menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah teladan yang baik (QS.Al-Ahzab [33]:21). Itu ertinya bahawa apa yang disabdakan dan dilakukan Rasulullah boleh dijadikan contoh bagi umat Islam dalam menapaki hidup sehari-hari. Rasulullah itu seorang Nabi, tapi baginda juga seorang manusia biasa. Dalam kehidupan rumahtangga, Nabi s.a.w. berperanan sebagai seorang lelaki, ayah dan suami. Lalu bagaimana kehidupan Nabi s.a.w. dalam menjalani kehidupan rumahtangganya, di antara isteri dan anak-anaknya? Rasulullah adalah seorang lelaki, suami dan ayah teladan bagi seluruh umat manusia. Di luar rumah, baginda berperanan sebagai seorang panglima perang dan tokoh agama. Tetapi di rumah, baginda mampu berperanan sebagai suami dan ayah terbaik. Sungguh sempurna! Nabi s.a.w. tak menutup mata dengan apa yang dapat dikerjakan. Rasulullah mahu mengerjakan urusan rumahtangga dengan ikhlas. Rasulullah ringan tangan, turut serta mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan isteri-isterinya. Hebatnya lagi, meski baginda seorang Rasul, pemimpin umat Islam terkemuka dan panglima perang, tapi baginda tak pernah merasa canggung, malu atau pun malas mengerjakan pekerjaan rumahtangga. Dari deretan pekerjaan rumah yang dikerjakan Rasulullah, antara lain ia menjahit pakaian yang robek, juga membantu memerah susu dan baginda pun kerap melayani diri sendiri. Aisyah r.a. pernah ditanya: “Apakah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. di dalam rumah?” Aisyah menjawab: “Baginda adalah seorang manusia biasa. Baginda menambal pakaian sendiri, memerah susu dan melayani dirinya sendiri.” (HR. Ahmad dan Termizi) Dalam sebuah hadis lain, diriwayatkan dari Al-Aswad bin Yazid, ia berkata: “Aku pernah bertanya pada ‘Aisyah r.a.: ‘Apakah yang biasa dilakukan Rasulullah s.a.w. di dalam rumah?’ ‘Aisyah r.a. menjawab: “Baginda biasa membantu keluarga, apabila mendengar seruan azan, baginda segera keluar (untuk menunaikan solat).” (HR. Muslim) Jika menyangka bahawa Rasulullah adalah seorang Rasul yang lepas tangan dan tidak mau tahu urusan rumah, itu sepenuhnya salah besar. Sebab, sebagaimana dari teks hadits di atas, Aisyah dengan jelas menceritakan jika Rasul menaruh perhatian terhadap pekerjaan rumah, bahkan ikut serta menunaikan pekerjaan rumah.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment