TIADA khabar dan berita dari suami yang pergi dalam waktu lama, pastinya, membuat isteri terumbang ambing. Bukan hanya resah kerana alasan keberadaan dan motifnya, tetapi seiring waktu juga membingungkan statusnya sebagai isteri. Semestinya, jika ia masih isteri sah dari suaminya, nafkah lahir-batin wajib ia dapatkan. Akan tetapi, akibat ketidakjelasan keberadaan si suami, semua itu tak lagi didapatkan. Spekulasi pun tak terelak bermunculan akibat ketidakpastian dan ketidakjelasan posisi suami yang menghilang itu. Di satu sisi, isteri mahu bertahan meskipun suaminya tak lagi memberi nafkah lahir-batin. Ia rela menunggu sampai bilapun suaminya datang. Tetapi di lain segi, ada juga yang tak boleh menahannya kerana berbagai alasan hingga memutuskan untuk berkahwin lagi. Misalnya lantaran anak-anak yang perlu kasih ayah, rindu akan sosok pendamping yang siap melindungi, tak kuat memainkan peranan ‘ibu tunggal’ mahupun berbagai alasan lain. Untuk merintis jalan menikah lagi, sayangnya, para isteri dari suami mafqud kerap kebingungan menentukan langkah. Mereka tidak tahu bagaimana cara mengajukan cerai, mengingat tidak tahu dimana suaminya berada. Mereka pun tidak yakin apakah suaminya mahu menceraikannya ataukah tidak. Kebingungan yang demikian lambat laun bukan tidak mungkin menjemukan. Alih-alih sabar menunggu mereka, malah menarik kesimpulan sendiri menyikapi statusnya yang samar. Merasa tidak dinafkahi dalam waktu lama, mereka pun menganggap dirinya telah menjanda. Dengan status ‘dugaan’ itu para isteri dari suami mafqud akhirnya membuka lembaran baru dengan lelaki lain, baik yang tujuannya hanya sekadar ‘berkenal-kenalan’ mahupun sampai berkahwin lagi. Tindakan yang bermula dari ‘dugaan’ itu tentunya menimbulkan risiko serius; bagaimana bila tak lama kemudian suaminya kembali pulang dan menggugat perkahwinan tersebut? Bagaimana status perkahwinan yang kedua? Apalagi bila ternyata dari hasil perkawinan kedua itu dikurniai anak.
Lapor Ke Mahkamah Syariah
Suami, dalam fikih Islam, adalah pemegang keputusan dalam menceraikan. Sepanjang suami tidak menjatuhkan talak kepada isterinya, maka perkahwinan tetap dinyatakan sah atau tidak cerai. Namun bila terjadi perselisihan yang sulit didamaikan antara suami isteri sehingga menyebabkan isteri menginginkan “berpisah” dari suaminya, Islam membenarkan bahawa isteri berhak mengajukan cerai. Kes-kes seperti ini sering terjadi dalam khulu’ atau fasakh. Dalam hal suami mafqud, isteri pun sebenarnya boleh melakukan hal yang sama. Bila ia menghendaki berpisah dari suaminya, ia pun berhak mengajukan tuntutan cerai. Namun terlebih dulu hendaknya ia melapor ke Mahkamah Syariah. Sebab di sinilah pihak yang bertanggungjawab memutuskan untuk menceraikan si isteri dari suaminya yang mafqud tersebut. Pihak kadi pula yang akan menetapkan apakah isteri masuk dalam kategori khulu’ ataupun faaskh. Alasan tidak dapatnya nafkah lahir-batin dari suami mafqud boleh menjadi pintu masuk bagi pihak pengadilan membenarkan isteri bercerai dari suaminya. Dalam bab undang-undang perkahwinan ada catatan yang menyebut: “Perkahwinan dapat dibatalkan bila perempuan yang dikahwini ternyata kemudian diketahui masih menjadi isteri lelaki lain yang mafqud (hilang tak ketahuan rimbanya).” Cara ini sekaligus menjawab fenomena yang kerap salah tanggapan yang dilakukan para isteri dari suami mafqud. Seringkali mereka memutuskan untuk langsung berkahwin dengan lelaki lain sementara di atas kertas dirinya masih isteri sah dari suami pertamanya. Selain itu, juga mempersempit ruang ‘berlakunya kecurangan’ akibat kesalahan anggapan bahawa dia menjadi janda secara otomatik akibat suaminya mafqud (hilang).
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment