Monday, July 11, 2011

Sedekah RM7 Dapat Rezeki RM10,000

KETIKA itu, pagi kelihatan begitu cerah. Seorang mahasiswa sedang memasak air dengan cerek lektriknya; suatu tugas harian yang biasa dilakukan pemuda berusia 23 tahun itu. Sementara menunggu air mendidih, dia pun keluar dari biliknya untuk membeli akhbar. Sebagai mahasiswa, Andika memang termasuk orang yang gemar membaca. Jarak dari biliknya dengan tempat menjual akhbar agak jauh dan dia tidak menyedari bahawa keadaan berbahaya sewaktu-waktu akan mengintainya. Selesai 300 meter berjalan, Andika sudah sampai di tempat menjual akhbar. Lalu dia meraih senaskhah akhbar terkenal dan membayarnya. Saat itu, dia masih menyedari bahawa dia sedang memasak air. Namun, di tengah jalan, dia bertemu seorang sahabat dan mengajaknya berbual sebentar. Kerana mengingatkan dia sedang memasak air, dia pun segera menutup bualannya dengan sahabat tersebut. Perjalanan pun dilanjutkan dan melewati sebuah bilik komputer, yang selama ini memang menjadi sumber penghasilan tambahannya. Dia meninjau sebentar untuk melihat-lihat keadaan di dalam. Tidak lama di sana, ia bergegas kembali mahu balik ke biliknya. Namun, hendak saja pulang, tiba-tiba dia bertemu dengan sahabat lainnya lagi dan kembali mengajaknya berbual-bual sebentar. Kerana asyiknya berbual-bual itu, dia lupa bahawa air yang dimasaknya sudah mendidih. Tidak sedar, dia telah berbual-bual selama beberapa minit.
Di tengah asyiknya berbual, tiba-tiba, seorang wanita berlari tergesa-gesa menghampirinya. Dia terkejut ketika si ibu itu berkata, “Bilik kamu keluar asap hitam. Macam ada yang terbakar di dalam.” Saat itulah Andika baru tersedar bahawa dia sedang memasak air dan boleh jadi asap hitam yang keluar dari biliknya itu berasal dari cerek lektrik yang terbakar. Andika segera berlari menuju biliknya. Ternyata, sampai di tempat, sudah ada beberapa orang yang menunggu di depan biliknya untuk melihat kejadian. Dengan memberanikan diri, Andika membuka pintu dan menerobos masuk ke dalam. Ternyata, pemandangan di dalam ruangan sudah gelap kerana asap hitam. Dengan keberaniannya, dia berusaha menyelamatkan barang-barang yang tersisa yang dapat diselamatkan. Sementara cerek lektriknya telah meleleh habis. Rupanya, kerana kelamaan memasak, air di dalam cerek tersebut habis. Sementara cerek tersebut masih menyala, sehingga menyebabkan alat tersebut memuai dan makin lama akhirnya habis. Lelehan cerek tersebut lalu menimpa radio kesayangannya, yang baru dibelinya beberapa bulan yang lalu, yang kebetulan menjadi tempat letak cerek tersebut. Dari sinilah, akhirnya merebak ke mana-mana dan membakar hampir seluruh barang yang ada di dalam biliknya. Mujurlah, kebakaran itu tidak merebak ke bilik sebelahnya. Hanya bilik Andika saja yang kena. Meski begitu, Andika mengalami kerugian yang cukup besar, jutaan rupiah. Yang mengharukan lagi, tulisan-tulisan Andika di berbagai media massa, baik akhbar tempatan mahupun nasional, ikut habis terbakar. Begitu juga turut musnah buku-buku yang bertahun-tahun dikumpulkannya dari titik peluhnya sendiri. Namun, Andika tampak tak memperlihatkan raut wajah kesalnya. Seolah tak pernah terjadi apa-apa padanya. Padahal, kerugian yang dialaminya tidaklah sedikit. Setelah menyelamatkan barang-barangnya yang tersisa, Andika pergi ke sebuah warung kopi yang tidak jauh dari biliknya, untuk sekedar melepas rasa dahaga dan ketegangan yang beberapa minit telah menyergapnya. Namun, di tengah rasa duka yang belum hilang dari ingatannya, seorang isteri dari sahabatnya datang menghampirinya. Tanpa perempuan itu tahu apa yang baru terjadi pada Andika, dia meminta tolong kepadanya. “Andika, boleh pinjamkan aku sedikit wang? Masalahnya, suami aku belum mendapatkan kerjanya?” Andika terkejut dengan permintaan “minta tolong” isteri sahabatnya tersebut. Di satu sisi, ia sedang dilanda nestapa, namun di sisi lain sahabatnya sedang memerlukan pertolongannya. Akhirnya, tanpa memberitahu kepada isteri sahabatnya tersebut tentang kejadian yang baru saja menimpanya, dia pun menyelok poket seluarnya dan memberikan perempuan itu wang Rp20ribu (Lebih kurang RM 7.00). Itu saja jumlah yang ada dalam poketnya. “Kamu tak usah fikir-fikirkan bayarnya. Yang penting, pakai saja dulu,” kata Andika kepada isteri sahabat karibnya tersebut. Andika sudah meniatkan dalam hati, kalau pun tidak dibayar pemberiannya itu, dia sudah mengikhlaskannya. Sebab, dia menyedari betul bahawa sahabatnya sedang menganggur, sementara ada isteri dan anak yang harus ditanggungnya. Ternyata, dugaannya memang betul. Bertahun-tahun, sahabatnya lupa membayar hutangnya itu. Dan Andika sendiri sudah melupakan, kerana jumlahnya tidaklah besar.

Dapat Projek Besar
Tujuh tahun kemudian. Andika masih tinggal di Jakarta, sementara sahabat yang dipinjamkan wangnya tersebut telah pindah ke luar kota dan menjadi orang berjaya di sana. Dia telah menjadi seorang penganalisa politik yang handal dan berkali-kali muncul di tv tempatan untuk sesi wawancara atau diskusi ilmiah. Tiba-tiba, si sahabat lama itu menghubungi Andika dari jauh. “Hai Kawan, bagaimana khabarmu?” tanya si sahabat melalui gagang telefonnya. Andika masih menyimpan nombor sahabatnya, sehingga meski lama tidak bertemu dan berhubungan, dia langsung menyedari bahawa yang menelefon adalah sahabat lamanya. “Khabar saya baik-baik saja,” jawab Andika. Mereka pun berbual-bual apa saja termasuk perbincangan tentang projek yang akan digarap sahabatnya tersebut. “Aku punya peluang kerja. Kamu boleh bantu saya tak?” Andika diminta oleh sahabat lamanya tersebut untuk membantu projek penerbitan buku, yang sedang dirintisnya. Namun, kerana kesibukan yang sedang dihadapi Andika, akhirnya, dia menolak projek tersebut. Kebetulan, Andika sedang ada tugas luar daerah. Jadi, dia punya alasan untuk menolak projek sahabatnya tersebut. Beberapa minggu kemudian sahabatnya menelefon kembali dan menawarinya lagi. “Andika, soalnya kamu harus terima projek ini. Hanya kamu yang dapat saya percayai,” ujarnya meminta.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

No comments: