CINTA, ibu bapa dan Allah s.w.t. adalah tiga hal yang tidak dapat dipisahkan bila kita bercakap masalah asmara. Kerana itu, sebenarnya, ketika seseorang sedang dilanda asmara hendaklah meminta restu kepada kedua ibu bapanya untuk mendapatkan redho Allah. Namun, kisah berikut ini justeru sebaliknya. Demi cintanya pada seorang lelaki, dia rela meninggalkan kedua ibu bapa dan meninggalkan Allah. “Tinggal ibu, tinggal saudara, tinggallah agama, demi cinta aku turutkan.” Begitulah nekadnya. Ia merupakan satu tindakan membuta tuli, yang pastinya akan mendapatkan murka Allah jika tidak sempat bertaubat. Sebut saja namanya Ida. Mulanya dia sebenarnya wanita yang baik. Kerana kedua ibu bapanya mendidiknya dengan penuh perhatian sejak kecil. Bahkan, dia berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, walaupun pencapaiannya tidaklah cemerlang. Namun, satu hal yang dilupakan kedua ibu bapanya ketika mendidik Ida adalah soal pendidikan agama. Akibatnya, Ida pun membesar menjadi peribadi yang tidak terlalu taat beribadah. Solatnya kadang-kadang ditinggalkan, apalagi mengikuti pengajian agama di kampung atau di tempat tinggalnya. Hal itu tampak ketika Ida berkenalan dengan lelaki bernama Kusuma. Semua orang sudah tahu bahawa lelaki itu bukan muslim. Namun, Ida tetap saja menerima cintanya. Di samping kerana wajah Kusuma yang tampan, juga kerana lelaki itu berasal dari keluarga yang kaya raya. Terlebih lagi, Kusuma memiliki perniagaan sendiri, iaitu pencucian kenderaan. Dengan kata lain, Kusuma adalah seorang pengusaha yang berjaya. Mulanya, kedua ibu bapa Ida masih berharap bahawa anaknya akan dapat membawa Kusuma pada agama Islam dan mengajaknya menjadi mualaf suatu saat kelak jika mereka jadi berkahwin. Kerana itu, ibu bapa Ida tidak terlalu menentang hubungan mereka, meski di awal-awal sempat melarang. Tapi, kemarahan mereka meledak apabila Ida memutuskan pernikahannya di gereja, yang otomatik akan meninggalkan Islam. Meski tidak terlalu taat dalam agama Islam, ibu bapa Ida sangat menyedari bahawa menjadi ‘murtad’ sama saja dengan menghinakan Islam, dirinya sebagai ibu bapa, dan warga di sekitar tempat tinggalnya yang majoriti beragama Islam. Kerana itu, ibu bapa Ida pun melarang anaknya untuk berkahwin. Dengan kata lain, mereka tidak redho atas apa yang dilakukan oleh Ida. Namun Ida tetap berdegil pada pendiriannya. Ia tetap mengahwini Kusuma di sebuah gereja dengan acara yang sangat megah. Ibu bapa Ida tidak datang pada upacara perkahwinan itu, begitu juga saudara-saudaranya yang lain. Bahkan, mereka membantah dan mengusir Ida dari rumahnya. Satu bulan lebih setelah berkahwin, Ida pun pulang ke rumah ibu bapanya. Ia bermaksud minta restu atas pernikahannya. Namun, ibarat air dan minyak yang sulit disatukan, Ida justeru dicaci maki dan diusir dari rumahnya. Ida menangis, tetapi ibu bapanya tidak peduli. Kerana sikap anaknya sudah demikian melampaui batas, dengan berani melawan Tuhan. Menjadi murtad sama saja dengan melawan Tuhan. Sejak itu, Ida pun tidak pernah bertemu kembali dengan keluarganya. Tidak terasa, usia perkahwinan Ida memasuki dua tahun. Namun, mereka belum dikurniai anak. Akhirnya, mereka membuat keputusan mengambil anak angkat kononnya sebagai “pancingan”. Atas izin Tuhan, tiga bulan kemudian Ida pun disahkan hamil oleh doktor. Ida merasakan mual-mual yang luar biasa, seperti kebanyakan orang hamil lainnya.
Ida merasakan kesenangan yang luar biasa atas kehamilannya, tak terkecuali dengan Kusuma. Setiap saat mereka memeriksakan kandungannya agar baik-baik saja. Keadaan fizik Ida betul-betul diperhatikan oleh Kusuma agar tidak jatuh sakit atau penat sehingga tidak mengganggu ‘janin’ yang dikandungnya. Begitu juga dalam pola makannya, Ida benar-benar menjaganya untuk tidak makan sembarangan. Pada usia tujuh bulan kandungan, Ida pun kembali memeriksakan kandungannya ke doktor ditemani si suami. Setelah diuji kandungannya (USG), doktor pun kembali menjamin bahwa kedudukan janin baik-baik saja. Ida dan Kusuma pun sangat berbahagia, tanda merasakan kesenangan yang tak terkira. Sebab, tidak lama lagi mereka akan memiliki anak setelah tiga tahun lamanya menunggu.
Janin Hilang
Tak terasa usia kandungan Ida sudah sembilan bulan dan menunggu hari saja untuk melahirkan. Kerana itu, jauh-jauh hari, sebagai suami Kusuma telah mempersiapkan semuanya. Semua peralatan bayi, mulai dari pakaian hingga yang lainnya telah disediakan dengan baik. Sebab, ini adalah anak pertama kerana itu benar-benar harus diperhatikan segala keperluan anak sulung mereka. Waktu terus berjalan. Pada suatu malam, Ida pun merasakan memulas-mulas perutnya. Tampaknya, Ida bila-bila masa saja akan melahirkan. Akhirnya, oleh Kusuma Ida pun segera dibawa ke hospital bersalin untuk diperiksakan keadaannya. Sampai di hospital bersalin, Ida segera dibaringkan untuk persiapan melahirkan bayi sulungnya. Doktor segera mengambil peralatannya dengan segera. Lalu, dia memeriksa Ida, barangkali saatnya untuk melahirkan. Ida pun kembali di-USG untuk kesekian kalinya.
Namun, betapa terkejutnya doktor itu ketika hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa di dalam tubuh Ida tidak ditemukan ‘janin’. Yang ada, hanyalah ‘cairan-cairan’ seperti lelehan bayi yang telah hancur. Kalau begitu, di manakah janin yang dua bulan yang lalu didapati ada di dalam perut Ida?
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment