Wednesday, September 17, 2014

Akibat Cemburu Janda Pikul Derita

BILA cemburu menguasai diri seseorang, ia boleh berlaku kejam terhadap orang yang di cintainya. Inilah yang di alami Faridah (bukan nama sebenar) seorang janda, hidupnya separuh hancur kerana tindakan bekas suaminya yang tidak rela dia (Faridah) berkahwin dengan lelaki lain. “Cinta seorang kekasih tidak setulus cinta seorang ibu kepada anaknya. Kesetiaan seorang kekasih tidak seperti kesetiaan mentari menyinari bumi. Memang, saya mungkin terlalu naïf dalam mengukur erti cinta dan kesetiaan. Sebagai seorang wanita, juga lagi sebagai seorang isteri saya memiliki kekurangan dan kekurangan itu di pergunakan oleh suami untuk tujuan tertentu”. Demikian Faridah (bukan nama sebenar) seperti berfalsafah dalam pertemuan singkat dengannya. “Dan dengan dalih kekurangan yang ada pada diri saya itulah, Azhar sampai hati menyakiti perasaan saya. Dia beritahu saya, dia mahu menikah lagi. Katanya: sudah, tiga tahun kita menikah, tapi kau belum dapat memberikan anak untukku. Kamu mandul, dan aku tidak ingin hidup berdua tanpa ada anak-anak di sekeliling kita,” itu yang terkeluar dari mulut Azhar semasa kami bertengkar hebat.
“Masa itu saya juga mempersoalkan hubungannya dengan Aziah teman sepejabatnya,” Faridah membuka kisah dirinya. Tuduhan Azhar membuat hatinya hancur luluh. Kenyataannya, selama tiga tahun menikah, Faridah belum boleh melahirkan anak untuk suaminya. Tetapi dia tak mahu dituduh sebagai perempuan mandul. Buktinya, setelah 4 bulan menikah dengan Azhar ia boleh hamil. Sayangnya, kandungan itu keguguran ketika memasuki usia 3 bulan. Dan Azhar tahu masalah ini. Kerana itulah, dia tidak berhak menjatuhkan hukuman Faridah perempuan mandul. “Kerana Azhar telah membuat keputusan yang tidak adil terhadap saya, akhirnya saya putuskan untuk bercerai dengannya. Disamping itu saya juga tida ingin hidup dimadu. Kerana itulah akhirnya kami sepakat ambil keputusan, yakni bercerai,” ujar wanita awal 40-an itu yang harus merelakan Azhar pergi dari sisinya, dan membiarkannya hidup bahagia dengan Aziah, isteri barunya. Pada titik ini, Faridah mencuba bersikap bijak, bahawa cinta memang tidak selamanya kekal atau harus memiliki. Memang, sakit sekali kenyataan ini. Tetapi Faridah harus mengalah. Memang ramai pihak, khususnya keluarga dan sahabat, yang menyesalkan perceraian terjadi. Sebab selama ini mereka menganggap pasangan Azhar-Faridah sangat harmonis. Sebulan setelah perceraian. Azhar menikah dengan Aziah. Faridah tetap tabah menerima kenyataan itu, sebab dia yakin bahawa semua ini adalah ketentuan Allah yang harus kujalani. Ketika memilih bercerai dengan Azhar, karier Faridah di pejabat memang sedang memuncak dengan pesat. Bahkan, setelah 3 bulan bercerai, Faridah dinaikkan pangkat lebih tinggi di perusahaan tempatnya bekerja. Dengan kedudukan seperti ini, sudah tentu Faridah merasa berada di puncak jaya. Di samping itu Faridah merasa masih memiliki kecantikan yang boleh dikatakan diatas kepala tiga.
Faridah memang mewarisi kecantikan dari ibunya yang pernah menjadi juara Ratu Cantik era 80-an. Terlebih lagi, tubuhnya masih ramping dan wajahnya juga masih kencang seperti gadis-gadis remaja. Dengan kelebihan ini Faridah merasa yakin, cepat atau lambat, pasti ia akan mendapatkan calon suami baru yang lebih kacak dari Azhar, lelaki yang telah mengkhianati cintanya. Keyakinan itu menjadi nyata. Buktinya, setelah lepas ‘idah’ dengan Azhar, calon penggantinya sudah ditemui iaitu Effendi, teman semasa kuliah dulu. Lelaki ini memang sudah lama bersaing dengan Azhar untuk mendapatkan cinta Faridah meski akhirnya Faridah memilih Azhar. “Sudah lama berpisah, tak pernah terlintas dalam fikiran akan bertemu dengan Effendi. Tetapi Tuhan telah mengatur semuanya. Tanpa sengaja saya terserempak dengan Effendi semasa kami sama-sama mengunjungi pesta buku di PWTC. Tanpa sengaja pula Effendi yang sudah berumur hampir 37 itu masih hidup menyendiri.” Kenang Faridah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

No comments: