Wednesday, September 17, 2014

Pengaruh Cinta Kepada Allah s.w.t.

BERKAT cinta kepada Allah s.w.t. sangatlah banyak. Jika ini muncul di hati seseorang, ia akan mencerahkannya dari kepala hingga hujung kaki. Berikut beberapa contoh dan keterangan secara ringkas mengenai hal tersebut. Wajah seseorang yang mencintai Allah s.w.t. memancarkan cahaya spiritual. Hati orang-orang biasa yang kusut menjadi pudar, ketika melihat sekilas wajah seperti ini. Suatu ketika, sekelompok orang Hindu masuk agama Islam. Saat ditanya mengapa berpindah agama? Mereka menunjuk wajah ‘Allamah Anwar Syah Kasymiri. Salah seorang dari mereka lalu berkata, “Wajah ini, tidak mungkin wajah seorang pembohong. Kerana dia seorang muslim, maka kami pun mengikuti menjadi muslim.”
Syeikh Ghulem Habib, yang kemudian dikenal sebagai “Mursyid Al-‘Alam”, suatu ketika di halaman Kaabah yang suci menatap ke wajah Maulana Qari Muhammad Thayyib. Beliau kemudian menyalaminya dan berkata, “Bagaimana anda memperoleh wajah demikian bersinar?” Maulana Qari tersenyum dan menjawab, “Aku tidak menghasilkannya sendiri, guru spiritualku (Syeikh) yang menghasilkannya.” Suatu hari ‘Abdullah Ibnu Salam, seorang rahib Yahudi terkenal, mendatangi Nabi Muhammad untuk menanyakan tiga persoalan. Tetapi setelah dia melihat wajah Nabi s.a.w., sang rahib masuk Islam. Seseorang lalu bertanya kepada rahib tersebut, apa yang menyebabkannya mengalihkan diri dari tujuan semula. Ia menunjuk wajah Nabi s.a.w. yang bersinar dan mengatakan, “Demi Allah, wajah ini bukanlah wajah seorang pembohong.” Ketika sebahagian penguasa dari golongan tabi’in mengutus delegasi untuk mengumpulkan jizyah dari orang-orang kafir, ternyata mereka menolak untuk membayar. Salah seorang utusan lalu bertanya, “Mengapa anda menolak membayar kepada kami? Padahal anda membayar jizyah kepada pendahulu kami?” Seorang kafir menjawab, “Ketika para pendahulu anda datang, pakaian mereka kuno dan sobek, rambut mereka terurai, dan mata mereka dilintasi cahaya kerana ibadah sepanjang malam. Wajah mereka begitu membangkitkan rasa hormat sehingga mata kami tak sanggup memandangnya. “Adapun sifat-sifat anda tidak seperti mereka, juga tidak adil. Pergilah, kami tidak akan memberi apa-apa.”

PENGARUH TERHADAP PANDANGAN
Pandangan pecinta yang tulus memiliki pengaruh yang kuat, sehingga ke mana pun menatap, ia meninggalkan daya tarik. Seorang penyair berkata, “Pengaruh yang kuat sungguh dimiliki pandangan kekasih Allah. Aku melihat, ia boleh merubah nasib ribuan orang.” Khwajah Ghulam Hasan Suwag, seorang syeikh dari Tarekat Naqshabandi, setiap menatap orang kafir dengan penuh perhatian, maka si kafir itu akan menjadi seorang Muslim. Banyak pemuda Hindu menjadi muslim dengan cara demikian. Sejumlah orang Hindu lalu mengajukan perkara dengan tuduhan bahawa syeikh telah melakukan pemaksaan terhadap pemuda mereka untuk menjadi muslim. Beliau lalu dipanggil ke pengadilan. Ketika bertanya mengapa dirinya dipanggil? Hakim mengatakan bahawa ia dituduh telah memaksa para pemuda Hindu agar menjadi Muslim, syeikh kehairanan mendengar inti tuduhan yang dikenakan kepadanya itu, dan kemudian mengalihkan pandangannya kepada para penuntutnya. “Apakah aku telah membuatmu menjadi seorang muslim?” tanya syeikh kepada salah seorang di antara mereka. Sungguh menghairankan, kerana orang yang ditanya malah langsung mengucapkan dua kalimah syahadat. Begitu seterusnya, setiap syeikh menatap dan bertanya, maka orang tersebut mengucapkan syahadat. Kerana takut kemungkinan syeikh menatapnya, seorang hakim Hindu lalu bertanya, “Cukup, sekarang saya sudah memahami persoalannya.” Ia pun menghapus semua tuduhan dan syeikh terbebas dengan mulia serta terhormat.  Syeikh Syah Abdul Qadir suatu ketika menghabiskan waktu hingga lapan belas tahun di masjid Delhi, India. Di tempat itu beliau beriktikaf dan menterjemahkan Al-Quran. Waktu beliau keluar dari masjid, pandangannya tertuju kepada seekor anjing. Demikian hebat pengaruh dari nur pandangan syeikh sehingga anjing itu mengikutinya. Dan waktu syeikh menatap anjing-anjing lainnya, hal yang sama juga terjadi. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. menyatakan bahawa pengaruh mata yang jahat dan iri hati adalah kenyataan. Ketika sebahagian sahabat dipengaruhi oleh mata jahat, beliau mengajari mereka, bagaimana cara menghilangkan pengaruh dari mata yang semayam itu. Nah, jika pandangan orang yang dengki, iri hati dan membenci memiliki pengaruh, demikian pula dengan pandangan pecinta yang tulus, penuh dengan keikhlasan dan rahmat. Namun tentu saja, pengaruh yang ditimbulkan oleh mata jahat dan mata baik sangatlah berbeza.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

No comments: