Wednesday, September 17, 2014

Mengenal Alam Ghaib, Mengukuh Keimanan

KATA alam ghaib ertinya seluruh makhluk atau segala sesuatu selain Allah. Dalam bahasa Arab, jenis makhluk disebut ‘alam. Ada alam al-nabat (dunia tumbuhan), alam al-hayawan (dunia haiwan), alam al-falak (angkasa raya), dan alam al-bihar (dunia lautan). Kata ghaib berasal dari kata ghaba-yaghibu-ghaybubatan-ghibatan. Kata ini merupakan antonim dari kata syahida dan hadhara (nyata dan hadir). Disebutkan, ghaba fullanun an biladihi. Ertinya, fulan pergi meninggalkan kampung halamannya. Ghabat al-syams, ertinya matahari tenggelam di barat dan menghilang dari pandangan mata. Ghaba al-syai’ fi al-syai’, ertinya sesuatu itu hilang di balik benda yang lain. Ghaba anhu al-amr, ertinya perkara itu menjadi terselubung baginya. Ghaba wa’yu fulan, ertinya fulan kehilangan kesedarannya. Dengan demikian, hal ghaib adalah sesuatu yang terselubung dan terhalang dari indera dan akal. Pada hakikatnya, sesuatu yang terhalang dari indera itu ada, tapi tidak dapat dilihat oleh mata terbuka. Sesuatu yang terselubung dari akal boleh jadi sesuatu yang mustahil ada atau sesuatu yang mungkin ada. Di dalam surat Al-Baqarah ditegaskan bahawa al-Quran adalah kitab yang benar dan tidak ada keraguan. Al-Quran adalah sebuah petunjuk yang tidak mengandung kesesatan. Bagi mereka yang percaya dan menjalankan petunjuk al-Quran adalah orang yang bertakwa (muttaqin). Ciri pertama orang bertakwa pada ayat ini iaitu orang yang beriman pada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah kami anugerahkan kepada mereka. (QS. al-Baqarah: 3) Menurut Imam al-Razi, ada tiga penafsiran atas kata “ghaib” ini. Pertama, sebahagian ahli tafsir (mufassir) mengatakan bahawa “ghaib” bererti sesuatu yang tersembunyi dan tak dapat dilihat oleh indera.  Kedua, beriman kepada yang ghaib merupakan sifat kaum mukmin. Maknanya, orang mukmin beriman kepada Allah dalam keadaan ghaib (tersembunyi) dan dalam keadaan hudhur (terang-terangan). Pengertian ini membedakan antara kaum mukmin dari kaum munafik yang selalu berpura-pura: jika bertemu orang beriman mereka menampakkan keimanannya, jika mereka kembali kepada kelompoknya, mereka mengolo-olok (mempersenda-sendakan) kaum mukmin.  Ketiga maksud dari kata ghaib dalam ayat di atas adalah Al-Mahdi sang imam yang Allah janjikan akan datang di akhir zaman (untuk masalah ini tidak masuk dalam pembahasan).  Komentar kami terhadap ketiga pendapat ini bahawa seorang mukmin meyakini apa yang dinyatakan oleh dalil sam’i (berdasarkan khabar dari kitab suci atau sunnah) yang dapat dicerna oleh akalnya. Hal ini mencakup berbagai masalah, di antaranya:
1. Makhluk-makhluk ghaib yang berakal seperti malaikat dan jin
2. Kematian: sebelum dan sesudahnya
3. Tanda-tanda kecil dan tanda besar hari kiamat
4. Kiamat dan perkaranya.
5. Hisab dan pembalasan
6. Syurga dan neraka.
Semua merupakan hal yang ja’iz secara logika (rasional), tidak kontradiktif, dan tidak mengandung sesuatu yang mustahil. Banyak khabar dan hadis shahih dari Rasulullah tentang semua perkara di atas. Kerana itu, wajib dipercayai (diimani). Menurut Imam Qotadah dan Abul Aliyah, ghaib adalah Allah, para Malaikat, Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya, hari akhir, syurga, neraka, pertemuan dengan Allah, hidup setelah kematian. Itu semua adalah ghaib, hal yang tidak dapat kita ketahui. Sedangkan yang lain mengatakan takdir juga termasuk hal ghaib. Mempercayai hal yang ghaib bukanlah hal yang berkaitan dengan syirik kerana pendapat semacam ini tidak berdasar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

No comments: