Wednesday, September 17, 2014

Keringanan Bagi Wanita Pergi Ke Masjid

KAUM wanita juga dibolehkan pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian melarang kaum wanita pergi ke masjid. Namun (solat mereka) di rumah lebih baik bagi mereka.” Jadi, Rasulullah telah mengizinkan mereka pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Namun baginda juga memberitahu bahawa tinggal di rumah lebih utama bagi mereka. Alasannya, kerana keluarnya wanita ke jalan itu menimbulkan fitnah. Boleh jadi ia diperhatikan oleh orang yang dalam hatinya terdapat niat buruk, atau mungkin saja ia diintai oleh kaum lelaki. Hadis di atas – yakni pembolehan wanita pergi ke masjid – ditaqyid (dikaitkan) oleh waktu malam yang gelap. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:
“Jika para isteri kalian meminta izin ke masjid di malam hari, maka izinkanlah mereka.” Imam Al-Bukhari menempatkan hadis ini dalam kitab shahihnya dalam bab: “Kaum wanita pergi ke masjid di malam hari dan gelap.” Sebab: Adab menurut syariat Islam yang wajib diterapkan kaum wanita ketika pergi ke masjid.
Kaum wanita wajib memegang teguh adab yang sesuai dengan syariat Islam, terutama ketika dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Perginya kaum wanita ke masjid merupakan ibadah dan termasuk salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. oleh kerananya, janganlah kaum wanita mendekatkan diri kepada Allah dengan perbuatan sunnah, namun dalam waktu yang sama, mereka mengabaikan kewajipan atau bahkan melakukan perbuatan haram.
Diantara adab yang diperintahkan oleh syariat adalah:
1. Hendaknya kaum wanita meminta izin pada suami untuk pergi ke masjid. jika suami mengizinkan, maka dia boleh pergi. Jika suami tidak mengizinkan, maka hendaknya dia tinggal di rumah. kerana mentaati suami adalah wajib sedangkan hukum seorang wanita pergi ke masjid adalah boleh (ja’iz). Oleh kerananya, ketaatan kepada suami lebih diutamakan daripada pergi ke masjid.
2. Hendaknya kaum wanita berpegang teguh pada ketentuan hijab/jilbab yang diajarkan oleh Islam. Oleh kerananya, rambut mereka tidak boleh terbuka terurai. Leher dan semua bahagian tubuh harus ditutup, tidak boleh terbuka. Mereka juga tidak boleh genit dan berlenggak-lenggok dalam berjalan. Mereka tidak boleh menampakkan perhiasan mereka. Allah berfirman: “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.”(QS. Al-Ahzab: 33) Qatadah berkata, “Kaum wanita berjalan, berlenggak-lenggok dan genit. Maka Allah taala melarang ini semua.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

No comments: