Monday, June 10, 2013

Imam Bukhari Belajar Agama Umur 11 Tahun

NAMA Imam Bukhari terkenal dalam dunia Islam. Beliau seorang imam besar, seorang ulama besar yang merupakan seorang “perawi” hadis Nabi s.a.w. Para ulama Islam, para penulis Islam, serta ahli-ahli sejarah ulama-ulama Islam banyak menulis tentang diri Bukhari dalam buku-buku tulisan mereka. Ada diantaranya yang mencatatkan bahawa Imam Bukhari telah belajar atau pun menuntut ilmu agama dengan lebih dari satu ribu orang guru (1,000 orang). Selain dari seorang perawi yang tersohor, beliau banyak menulis buku hadis Nabi s.a.w. yang sahih belaka. Usaha gigih beliau dalam mengumpulkan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih mendapat sanjungan dari para ulama seluruh dunia. Namun beliau sebenarnya ialah ialah Abi Adbullah Muhamad bin Islam Al-Bukhari. Beliau seorang “budak” yang paling cerdik sejak kecil lagi. Usianya baru meningkat sebelas tahun (11 tahun), beliau sudah mula belajar ilmu agama di tempat di Bukhara. Bukhari sejak mula lagi memang mempunyai cita-cita besar mahu pergi ke Makkah. Sejak beliau belajar di tempatnya, hatinya begitu melonjak-lonjak mahu ke Makkah. Akhirnya, beliau datang ke Makkah untuk mengerjakan fardu haji. Bukan setakat mengerjakan haji, bahkan beliau belajar ilmu hadis daripada para ulama Makkah. Beliau juga ke Makkah dengan menemui ramai para ulama di sana dan belajar ilmu hadis Nabi s.a.w. Beliau bukan saja belajar ilmu agama dan ilmu hadis dari dua buah bandar Islam itu, bahkan beliau merantau ke Iraq dengan menemui para ulama besar di sana dengan menimba ilmu agama, dan ilmu hadis. Lebih dari 16 tahun beliau merantau ke seluruh dunia Islam dan pusat-pusat besar Islam untuk mencari ilmu, dan begitu gigih bersungguh-sungguh beliau mencari ilmu. Memang Bukhari begitu hebat dan begitu besar karyanya dalam bidang ilmu hadis. Beliau merantau ke seluruh kota-kota besar Islam seluruh dunia semata-mata untuk mendengarkan hadis-hadis yang sebenarnya yang sahih. Dengan usaha yang paling berani dan gigih itu, beliau akhirnya terkenal sebagai seorang imam yang telah menghafaz berpuluh-puluh ribu hadis dengan cukup teliti dan cermat. Kesempurnaan hadis-hadis yang dipelajari dan yang didengarnya itu menyebabkan beliau diuji dengan kekuatan ingatannya itu. Dalam buku-buku yang menceritakan mengenai diri Imam Bukhari ini, ada disebutkan tentang beliau diuji oleh ulama-ulama semasa beliau berada di Iraq.
Ada diceritakan bahawa sewaktu beliau datang ke Baghdad, maka ulama-ulama hadis yang terkemuka di Kota itu telah berusaha menguji kekuatan ilmunya. Caranya ialah dengan mencampur adukan antara hadis sahih dengan hadis yang tidak sahih, dan dicelarukan semua hadis itu untuk menguji apakah Bukhari dapat memilihnya yang mana sahih dan yang mana tidak. Ulama-ulama Baghdad ini telah kemukakan kepada beliau sebanyak 100 hadis yang dicampur adukkan dan dikacaukan sanad dan matan (lafaz) hadis.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

No comments: