Monday, June 10, 2013

Kisah "Raja" Tinggalkan Kemewahan Hidup

INI adalah satu kisah yang paling menarik. Kisahnya ialah seorang raja yang berkuasa dan mempunyai pengaruh yang besar. Kuasa Allah tidak siapa pun yang tahu. Hidayah yang diberikan Allah kepada seseorang itu juga tidak ada orang mengetahuinya. Begitulah dengan kisah seorang Raja yang mahu diceritakan dalam rencana ini. Abu Abdullah Muhamad al-Marzubani dari Muhamad bin Husin Al-Azdi meriwayatkan, bahawa “Umrul Qais” adalah seorang raja yang pendusta. Hidup raja ini sentiasa bergelumang dengan maksiat, dan hidup bermewah-mewahan dan bersenang-senang. Maklumlah sebagai seorang raja, apa sahaja yang dikehendakinya, hanya diperintahkan sahaja.  Apa yang dihajatinya juga sentiasa  ada di depan matanya. Itulah raja Umrul yang hidupnya sentiasa dikelilingi dengan kemaksiatan sahaja. Pada suatu hari raja ini keluar dari istananya untuk melihat keadaan di luar. Raja ini keluar dengan menunggang kudanya. Tujuannya sambil berburu dan berjalan-jalan untuk melihat keadaan rakyatnya. Oleh kerana kudanya terlalu pantas dan kuat berlari, maka kudanya begitu jauh meninggalkan rombongannya itu.
Oleh kerana terpisahnya terlalu jauh, maka raja ini berhenti pada suatu tempat untuk menanti rombongannya untuk sampai ketempat itu. Tetapi tunggu punya tunggu, rombongan itu tidak juga tiba. Rupa-rupanya rombongan berkuda bersama raja itu juga telah menyimpang ke arah lain. Rombongan itu menyangka rajanya melalui jalan itu, rupa-rupanya raja masuk ke simpang lain, dan mereka sama-sama sesat jalan dan terpisah antara satu dengan yang lain. Ketika raja itu berhenti seorang diri, tidak jauh dari tempat dia berhenti itu, dia melihat ada seorang tua sedang duduk mencangkung. Raja ini pun pergi ke tempat orang tua itu. Apa yang dilihatnya, seorang tua itu sedang duduk sambil mengumpul-ngumpulkan tulang-tulang manusia.
Setelah tulang-tulang itu dikumpulkan diletakkan di depannya sambil membalik-balikkan tulang-tulang tersebut. Melihat keadaan orang tua yang agak luar biasa itu, lalu Raja Umrul Qais bertanya dari atas kudanya kepada orang tua itu: “Apa yang kamu buat ini? Kenapa keadaan engkau jadi begini? Selama ini aku belum pernah melihat seorang yang seperti engkau ini. “Sudahlah kurus, dan aku tidak pernah melihat orang yang membuat kerja seperti yang kau buat sekarang. Aku lihat engkau terlalu pucat, dan duduk pula di padang pasir yang panas macam ini,” kata Raja Umrul Qais dengan suara yang agak tinggi dan garang.
Maklumlah, yang bertanya itu seorang raja. Yang kena tanya pula seorang tua yang lemah dan kusut masai dan kotor pula.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

No comments: