Monday, June 10, 2013

Dulu Tauke, Kini Jadi Pengemis

LELAKI yang baik hati, ramah dan salih itu bernama Awang Abdullah. Keramahan dan kebaikannya berbuah penghormatan dari orang lain untuk dirinya. Semua lapisan masyarakat menghormatinya, itu juga kerana dia tahu bagaimana cara menghormati dirinya sendiri. Bagi masyarakat, Awang Abdullah bagaikan ‘oase’ iaitu lembah menghijau di tengah padang pasir. Sudut pandang  sangat baik yang didapatkan Awang Abdullah, nyatanya berbeza dengan lelaki yang sedarah dan sedaging dengannya, Amang. Keberadaannya, jika dibandingkan dengan Awang Abdullah seumpama positif dan negatif yang tidak pernah dapat bertemu.
Dari berbagai segi kehidupan, kedua saudara kandung ini terlihat sangat berbeda. Hitam putihnya perbedaan itu sangat jelas, utamanya dalam segi kehidupan sosial dan agamanya. Kalau Awang lelaki yang hidup dengan segala kesederhanaannya, dengan jiwa sosial yang tinggi dan kehidupan keagamaan yang terpelihara, hingga ia mendapat penghormatan dari banyak kalangan. Berbeda dengan Amang yang glamor, suka bermewah-mewah, rendah kepekaan sosialnya dan membelakangi kehidupan agama, hingga banyak kalangan yang menghormatinya, tapi itu hanya sekadar basa basi. Mereka menghormati pakaian kemewahan Amang hanya di depan saja, namun di belakang, mereka menelanjangi pakaian kemewahannya itu. Ianya sama dengan petua yang dituliskan Abu Utsman Ad-Dimasyqi: “Jeleknya aib pada seseorang yang terhormat, serupa jeleknya perca kain yang koyak pada baju yang megah.”

‘BOS’ ANGKUH DAN SOMBONG
Rezeki berlimpah yang diterima Amang membuatnya ingin terus menambah kekayaan yang dia miliki. Hal itu pula yang membuatnya terus bercita-cita ingin mendapatkan hidup yang makmur dengan harta berlimpah dan dihormati orang-orang di sekitarnya. Cita-cita Amang ini membuatnya terus mengembangkan usahanya. Selain usaha  yang sudah berkembang, Amang ingin mengembangkan perniagaannya dengan usaha lain pula.
Salah satunya dia merancang memiliki usaha ojek (Motosikal yang membawa penumpang). Bermula dari lima motosikal yang dibelinya secara kredit, Amang memulai usahanya. Para tukang ojeknya pun dikumpulkan dan ditemuduga secara teliti. Amang ingin mempunyai “tukang ojek” yang memiliki pengalaman dan tahu teknik penjagaan motosikal, hal ini dilakukan Amang agar dapat mengurangkan kos kerosakan kenderaan. Kalau dia menerima pekerja yang tidak menguasai teknik penjagaan motosikal, sudah dapat diduga, dia akan sering berurusan dengan bengkel motosikal dan hal ini mendatangkan kerugian tersendiri.
Dalam usaha keduanya ini, Amang betul-betul teliti. Sebab, jika sedikit saja dia lalai, motosikalnya boleh rosak atau bahkan hilang. Kerana rasa khuatir yang terlalu berlebihan, jam kerja dan laporan berkala pun dijadualkan Amang dengan begitu ketat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

No comments: