Monday, May 12, 2014

Pertemuan Imam Syafi'i Dengan Imam Malik

Sejarah telah mencatatkan, ada dua kejadian penting sekitar kelahiran Imam Syafi’i, iaitu: Pertama, sewaktu Imam Syafi’i berada dalam kandungan, ibunya bermimpi sebutir bintang telah keluar dari perutnya, dan terus naik membumbung tinggi, kemudian pecah bercerai-berai, menerangi daerah sekelilingnya. Para ahli tafsir mimpi mentakwilkan bahawa ia akan melahirkan seorang anak lelaki yang ilmunya kelak menerangi seluruh dunia. Sekarang menjadi kenyataan, bahawa ilmu Imam Syafi’i memang memenuhi dunia. Bukan saja di Tanah Arab, Timur Tengah dan Afrika, tetapi juga sampai ke Timur Jauh, ke Indonesia, Malaysia, Thailand, Philipina dan lain-lain. Kedua, menurut catatan sejarah, pada hari Imam Syafi’i dilahirkan, dua orang ulama besar meninggal dunia. Seorang di Baghdad, iaitu Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit (Imam Hanafi), dan yang seorang lagi di Makkah, iaitu Imam Ibnu Jurey Al-Makky, Mufti Hijaz ketika itu. Kata orang dalam ilmu firasat hal ini adalah satu petanda bahawa anak yang lahir akan menggantikan yang meninggal dunia dalam ilmu dan kepintarannya. Memang firasat itu akhirnya terbukti dalam kenyataan.  Ketika Imam Syafi’i berusia dua tahun, ia dibawa ibunya kembali ke Makkah Al-Mukarromah, iaitu kampung halaman beliau, dan tinggal di sana sampai usia 20 tahun. Selama tinggal di Makkah, dia berkecimpung dalam menuntut ilmu, khususnya yang bertalian dengan agama Islam. Sebagaimana kita ketahui dalam sejarah, pada abad satu dan dua Hijriyah, umat Islam berada dalam masa keemasan. Ketika itu agama Islam tersebar luas, ke barat sampai Morocco (Maghribi) dan Sepanyol, sedangkan ke Timur sudah sampai ke Iran, Afghanistan, India Selatan Malaysia, Indonesia dan China. Sedangkan di Afrika, sudah tersebar hampir di seluruh daerah.
Pada abad-abad itu yang berkuasa adalah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin, para khalifah Bani Umayyah, dan para khalifah Bani Abbas, yang terkenal bukan hanya dalam hal keberanian, tetapi juga dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Beberapa daerah yang merupakan markas ilmu ketika itu adalah Makkah, Madinah, Kufah (Iraq), Syam, dan Mesir. Kerana kesungguhannya dalam belajar, pada usia 9 tahun Imam Syafi’i telah boleh menghafal seluruh ayat Al-Quran, sebanyak 30 juz. Ya, dalam usia 9 tahun!. Dan dalam usia 10 tahun, sudah pula hafal di luar kepala sebuah kitab fikih karangan Imam Malik yang berjudul Al-Muwatha’. Sebagaimana telah kita maklumi bersama, ketika Imam Syafi’i masih sangat kecil, ayahnya sudah meninggal dunia sehingga ia menjadi anak yatim. Tak menghairankan jika dia dan ibunya hidup dalam keadaan serba kekurangan, tak memiliki banyak harta termasuk untuk biaya belajar. Tetapi Imam Syafi’i memiliki keyakinan bahawa menuntut ilmu tidak tergantung kepada kekayaan, melainkan kepada kemahuan yang kuat. Anak-anak miskin yang berkemahuan tinggi, lebih banyak yang berhasil berbanding anak orang kaya yang biasanya malas. Untuk menulis ilmu dari para gurunya, dia mengumpulkan tulang-tulang kambing atau unta, yang biasanya banyak berserakan terutama setelah orang-orang mengerjakan haji di Mina. Selain itu, dia pun mengumpulkan pelepah tamar kering, tembikar, batu-batu yang dapat ditulis, serta kertas bekas yang masih dapat digunakan. Pada suatu ketika, penuh sesaklah biliknya dengan benda-benda tadi, sehingga dia tak dapat lagi meluruskan kakinya ketika melepaskan penat atau waktu tidur. Akhirnya Imam Syafi’i memutuskan untuk menghafal bermacam ilmu yang telah ditulisnya, agar biliknya menjadi agak lapang. Walhasil, sejak kecil dia sudah terlatih dalam urusan hafal-menghafal.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

No comments: