Monday, May 12, 2014

Kematian Tragis: Azab Diseksa Orang Utan

SAAT Allah menguji hidupnya dengan kemiskinan, Rina (bukan nama sebenarnya) tergoda mencari rezeki di jalan maksiat. Maka terjunlah ia ke dalam kancah ‘lorong-lorong hitam’ Lalu, saat hartanya sudah menumpuk, dia tak juga mahu bertaubat. Rina justeru tergiur meneruskan hidup yang bergelumang dengan noda. Hadis yang bermaksud: “Bahawasannya Allah selalu menerima taubat seorang hamba, selama roh belum melewati tenggorokannya,” (HR. Termizi), dijadikan alasan oleh Rina untuk tidak mengetuk pintu taubatnya. Meski umur manusia sudah ditetapkan oleh Allah, namun Rina yakin kalau suatu saat nanti, sebelum ajalnya memanggil, ia sempat bertaubat. Akan tetapi, takdir hidup Rina berkata lain. Pintu taubat untuknya, telah Allah tutup rapat-rapat. Menoleh sekilas kisah hidupnya yang berliku itu, Rina waktu kecilnya membesar dalam lingkungan ajaran Islam secara sederhana. Islam kampung-kampungan. Islam pada luar-luarannya saja. Tidak menyerap ke batin. Disebut demikian lantaran penduduknya sangat fanatik dalam menjalankan ibadah – bahkan pengetahuan ke-Islamannya agak terbatas – namun belum sepenuhnya meresapi dan menerapkan pengetahuan tersebut ke dalam kehidupan sehari-harinya. Adat dan warisan budaya mistik “tahyul”, seperti khasiat besi “berani”(magnet), melekat pada keperibadian kepada sebilangan mereka (penduduk setempat). Keadaan itu disebabkan kurangnya semangat juang penduduk kampung dalam mengejar ilmu agama yang sebenarnya. Belum adanya ustaz atau kiai yang mampu membimbing mereka mengenalkan Islam ke jalan tauhid. Sekitar era 70an itulah, ketika Rina baru bersekolah darjah lima, dia sudah berhenti sekolah. Kemiskinan hidup mendesak kebanyakan ibu bapa tidak dapat meneruskan pengajian atau persekolahan anak-anak mereka. Seperti kebanyakan gadis-gadis sebayanya, Rina hanya menumpukan pengajian untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran dan membantu pekerjaan ibu bapanya; menoreh getah, mengerjakan sawah orang lain (mengambil upah), menangkap ikan untuk lauk pauk keluarga dan sebagainya. Gaya hidup penduduk kampung di kawasan pedalaman itu mulai berubah ketika pada tahun 1973, pihak kerajaan melaksanakan program  penyelidik Keluarga Berencana (KB) yang melibatkan doktor umum, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI), Pegawai Perhutanan serta dibantu oleh hadirnya sebilangan mahasiswa kota untuk Kuliah Kerja Nyata (KKN). Mereka yang tinggal menetap beberapa hari dengan penduduk kampung, mengenalkan kepada mereka dunia kemajuan waktu itu dengan membawa tape recorder, peti televisyen hitam putih, radio, pakaian dan maklumat mengenai motosikal, kereta dan lain-lainnya. Impian penduduk kampung pun berubah, termasuk Rina. Gadis ayu itu baru menyedari erti kemiskinan yang dialaminya, ketika penduduk-penduduk yang mampu berlumba-lumba memiliki radio dan peti tv. Rina tidak habis fikir mengapa keluarganya sering diremehkan lantaran tidak memiliki peti tv hitam putih dan tidak mampu memiliki sebuah motosikalpun. Pada malam hari, Rina kerap mengintip-ngintip menonton program hiburan tv di rumah tetangganya, dengan cara memanjat pohon duku. Waktu itu, pejabat penghulu memang belum dilengkapi dengan tv, sehingga penduduk yang ingin melihat program tv, harus pandai-pandai mengambil hati tetangga yang ada peti tv di rumah. “Kamu banyak kutu, Rina! Baliklah, nanti anak aku pula berjangkit kutu kamu!” herdik tetangganya yang juga merupakan makciknya juga. Kata-kata sinis itu membekas dalam ingatan Rina yang masih remaja itu. Rina yang sangat jujur itu, jadi terperanjat dengan sikap Makcik Ramlah, yang dalam sekejap berubah watak setelah mampu beli tv hitam putih. Mengapa orang kaya tidak mahu tvnya dikongsi tonton oleh anak-anak jiran? Apakah kerana harga tv itu mahal? Pertanyaan-pertanyaan itu sering menjadi igauan dalam tidur Rina.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

No comments: