Monday, May 12, 2014

Memilih Calon Suami Idaman

A. Salih
“Apabila datang kepada kalian orang yang kalian sukai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia, jika tidak kalian lakukan, akan ada fitnah (petaka) dan kerosakan yang besar.” Sebahagian ulama salaf berkata, “Jangan nikahkan anak perempuan anda kecuali dengan orang yang bertakwa. Jika mencintainya, tentu ia akan memuliakannya dan jika membencinya tentu ia tidak akan menzaliminya.” Sesungguhnya agama menghalangi lelaki berbuat zalim (sewenang-wenang), kerana dalam hubungan dengan wanita ia beranjak dari firman Allah: “...Dan bergaullah dengan mereka secara patut...” (An-Nisa’: 19). Dan sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku.” Sungguh tidak dibenarkan akal dan agama, ketika seseorang hanya menikahkan anak perempuannya dengan orang yang membayar mahar tertinggi untuk anaknya. Atau, hanya akan menikahkannya dengan orang yang paling tinggi pangkatnya di antara para pelamar, atau yan paling banyak hartanya, tanpa memperhatikan aspek agama dan akhlak. Ini merupakan pemahaman keliru sebahagian orang tentang hakikat sesuatu dan nilai kehidupan. Anak perempuan bukanlah barang dagangan dan akad nikah bukanlah perjanjian jual beli. Akad nikah bertemunya beberapa sifat dengan sifat-sifat lainnya. Itulah pandangan Islam tentang hakikat atau substansi masalah. Iaitu memandang kemapanan seseorang tergantung pada kesempurnaan akhlak dan agamanya, bukan harta, kecantikan dan pangkatnya. Mengutamakan hal-hal semacam ini di atas akhlak dan agama merupakan kerosakan dan musibah yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah. perlakuan yang baik bukanlah sebuah pilihan, tetapi merupakan kewajipan suami terhadap isterinya ialah:
1. Kerana ia berinteraksi dengan anda sesuai dengan keredhoan Allah. Ia berkomitmen terhadap anda mengenai perintah Allah dan RasulNya. Jika tidak demikian, ia adalah orang yang memiliki pengakuan palsu. Allah berfirman: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain...” (Al-Baqarah: 81)
2. Kerana ia berkomitmen terhadap petunjuk Allah sehingga akan menghalanginya terjerumus pada dosa-dosa besar, perbuatan-perbuatan maksiat, dan segala hal yang diharamkan.
3. Kerana ketika berinteraksi dengan anda ia berpijak dari rasa takut kepada Allah, sehingga tidak akan ada penganiayaan, penghinaan, pelecehan mertabat, cacian, dan makian.
4. Kerana ia mengetahui bahawa kelembutan bahasa yang ia ucapkan, perbuatan baik yang ia lakukan, hingga sesuap makanan yang ia taruh di mulut anda akan dihitung pahala.
5. Kerana ia berpegang  pada pesan Rasul yang mulia:
“Nasihatkanlah kebaikan kepada wanita, sebab mereka adalah tawanan kalian.”
6. Ia menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh dan teladannya dalam semua hal, sebab beliau adalah orang yang indah perlakuannya, selalu berseri-seri wajahnya, bersenda gurau dengan keluarganya, bersikap lembut terhadap mereka dan mencukupi nafkah mereka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

No comments: