Monday, May 12, 2014

10 Sifat Calon Sufi

Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani menulis dalam kitabnya Futuhul Ghaib (Menyingkap rahsia hati), menurutnya terdapat 10 sifat yang harus dimiliki oleh seseorang yang mahu memasuki dunia kerohanian (Tasawuf). Seseorang yang sedang berada dalam perjuangan kerohanian dan berusaha keras mencapai tujuan kerohanian tersebut serta mengizinkan mereka untuk tetap berada dalam keadaan itu. Apabila Allah s.w.t. telah mengizinkan mereka untuk tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka mereka akan mendapatkan kedudukan yang tinggi. Sepuluh sifat tersebut adalah sebagai berikut”
Sifat pertama: Hendaklah seorang hamba (calon sufi) tidak bersumpah dengan  menggunakan nama Allah, baik di dalam perkara yang benar mahupun di dalam perkara yang salah. Baik secara disengaja mahupun tidak. Jika ia telah menyedari, yakni ia tidak bersumpah dengah menggunakan nama Allah, maka Allah akan membukakan pintu cahayaNya baginya. Dia akan menyedari faedahnya dalam hatinya, pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan, sanak saudaranya akan memujinya dan tetangganya akan memuliakannya. Kemudian, orang yang kenal padanya akan menghormatinya dan orang yang melihatnya akan merasa gentar memandangnya. Sifat kedua: Hendaknya tidak berbuat bohong, baik berbohong yang sesungguhnya mahupun hanya sekadar bergurau saja. Jika ia tidak dapat membuang perbuatan yang tidak diinginkan itu dan telah menjadi satu dengan dirinya, maka Allah akan membukakan hatinya dan membersihkan ilmunya. Sehingga seakan-akan ia tidak pernah berbohong. Apabila ia mendengar orang lain berbohong, maka hatinya akan merasa benci dan malu. Jika ia berdoa kepada Allah supaya dia menghilangkan perbuatan bohong itu dari dalam dirinya, maka Allah pun akan memperkenankan doanya itu. Sifat ketiga: Apabila berjanji, hendaklah tidak mengingkarinya janji itu, atau jangan berjanji sama sekali. Dengan tidak mengingkari janji atau tidak berjanji sama sekali, ia akan mendapatkan sumber kekuatan dirinya. Inilah tindakan yang seimbang untuk diikuti. Sebab, pengingkaran janji itu termasuk ke dalam perbuatan bohong.
Jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibukakan baginya, darjat akhlak yang tinggi akan diberikan kepadanya. Orang-orang yang benar akan cinta kepadanya dan pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan. Sifat keempat: Janganlah mengutuk makhluk atau menyakiti mereka, walau ia sendiri disakiti. Kerana sifat ini termasuk salah satu sifat yang baik dan termasuk kebajikan. Ini suatu sifat yang benar. Jika seorang hamba bertindak berlandaskan pada sifat ini, maka ia akan berakhir dengan kehidupan yang baik di bawah lindungan Ilahi. Allah akan menyediakan pangkat kerohanian yang tinggi untuknya. Ia akan dipelihara dari jatuh ke lembah kebinasaan dari kejahatan manusia, dan Allah akan mengurniakan rahmat dan kedekatan kepadanya. Sifat kelima: Hendaknya tidak berdoa agar orang lain mendapatkan bahaya, walaupun orang itu memperlakukan dirinya dengan cara yang tidak baik. Janganlah membalas, baik dengan lisan mahupun dengan perbuatan. Bersabarlah dan serahkanlah kepada Allah. Janganlah menuntut bela, baik dengan perbuatan mahupun lisan. Orang yang dapat melakukan semua ini akan diberi kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Orang yang terlatih dengan cara yang seperti ini dan tetap menjalankan sifat ini akan mendapatkan kemuliaan di dunia ini dan di akhirat kelak. Dan ia akan dicintai oleh orang-orang yang benar, baik yang dekat mahupun yang jauh. Permohonannya akan diterima dan ia akan mendapatkan kemuliaan di hati orang yang beriman. Sifat keenam: Janganlah seorang hamba itu mengatakan bahawa orang yang mengikuti kiblat yang sama, iaitu orang yang beragama Islam itu adalah musyrik, munafik atau kafir. Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau memusyrikkan seseorang, maka itu menunjukkan bahawa kamu mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w., menjauhkan diri kamu dari berbuat kekacauan dalam perkara yang hanya diketahui oleh Allah saja dan menjauhkan diri dari seksaNya. Serta Allah akan mendekatkan kamu kepada rahmat dari keridhoanNya. Oleh kerana itu, ini adalah pintu yang mulia untuk menuju Allah s.w.t. yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagai balasan atas kasih sayangnya kepada semua orang. Sifat ketujuh: Hendaklah seorang hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara dosa, baik secara lahir maupun secara batin. Juga menjauhkan anggota badannya dari melakukan perbuatan dosa. Dengan demikian, hatinya dan juga seluruh anggota tubuhnya akan mendapatkan kurnia Allah di dalam dunia ini dan kurnia yang disediakan untuknya di akhirat kelak. Kita berharap semoga Allah memberikan sifat ini kepada kita dan membuang segala hawa nafsu keduniaan dari hati kita.
Sifat kelapan: Hendaklah seorang hamba itu tidak membebani seseorang, baik beban itu berat mahupun ringan. Sebaliknya, hendaklah ia membuang beban yang ditanggung oleh seseorang, baik orang itu meminta mahupun tidak. Sebenarnya, sifat ini adalah suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada hamba itu dan sifat ini juga memberikan kekuatan kepadanya untuk menasihati orang lain supaya melakukan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan jahat. Ini adalah suatu kemuliaan bagi seorang hamba Allah. Hamba yang berada dalam peringkat ini akan memandang seluruh makhluk itu sama. Hati hamba yang berada dalam peringkat ini akan dijadikan oleh Allah tidak memerlukan apa-apa lagi. Hamba ini akan berpegang teguh dan menyerah kepada Allah saja. Allah tidak akan menaikkan darjat seseorang di sisiNya, jika ia masih terikat erat kepada kehendak hawa nafsunya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

No comments: