HIDUP Lukman benar-benar bergelumang dengan dosa. Tiap hari, perbuatan mungkar selalu dilakukannya. Mulai dari tabiatnya suka minum minuman keras hingga mabuk, membuat kejahatan hingga mencuri sesuka hatinya. Kerana banyak keburukkannya dan besarnya dosa yang diperbuatnya, ia sedar dan pernah berkata sebelum kematian menjemputnya: “Wahai Tuhan, kiranya, neraka Jahanam manakah yang akan Engkau janjikan kepadaku sebagai orang yang sangat hina ini?” Sewaktu hidupnya, kelakuan Lukman memang buruk sehingga membuat penduduk kampung enggan bergaul dengan dirinya. Mereka memilih menjauhinya sejauh mungkin. Jangan sampai berdampingan dengannya bila tidak ingin mendapat celaka. Pokoknya kalau pun terpaksa bersua dengannya mesti berhati-hati. Salah-salah barang milik mereka akan disapunya. Seluruh penduduk kampung di kota Bashrah mengenalnya sebagai orang yang memiliki moral yang tidak baik. Sehingga, setiap kali ia melewati suatu kawasan tertentu, pasti masyarakat daerah itu langsung menjauhinya dan menyembunyikan barang-barang miliknya agar tidak hilang dikebasnya. Akan tetapi, perbuatan tak terpuji Lukman suatu ketika terhenti kerana penyakit yang dideritainya. Lelaki itu menghidap penyakit parah dan sulit sekali disembuhkan. Segala usaha telah ditempuh, namun garis kematian rupanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Mendengar khabar berita bahawa Lukman telah meninggal dunia, para penduduk pun menyambut dengan rasa lega dan gembira. Ketakutan yang selama ini menghantui mereka terasa telah hilang. Hati mereka seolah lapang. Wajah-wajah tampak ceria. Sebab orang yang membuat kejahatan dan keresahan masyarakat, sekarang sudah tidak ada lagi. Kenakalannya telah tamat. Harapan hidup tenang pun mungkin segera datang tanpa rasa khuatir dan was-was. Penduduk kampung riang gembira menyambut kematian Lukman, namun nasib Lukman justeru sebaliknya. Jasadnya terlantar di rumahnya sendirian. Hanya isterinya yang setia menunggunya dengan penuh kesedihan. Satu jam dua jam hingga berjam-jam, tak seorang yang mahu menziarahi dan mendekati rumahnya. Tampaknya, penduduk masih kesal dan belum dapat melupakan keburukan-keburukan Lukman. Maka kerana itu tidak ada yang mahu mengurus jenazahnya, entah memandikan, mengkafani, menyembahyang dan menguburkan. Jenazah lelaki tukang maksiat tersebut dibiarkan terlantar sendirian di rumahnya. Di rumah itu, isteri Lukman tak tahu harus berbuat apa-apa melihat masyarakat tidak ambil peduli kepada suaminya. Seorang diri, ia meratapi nasib suaminya yang betul-betul terbuang di hadapan masyarakat. Air matanya membasahi pipi. Di sampingnya, ia hanya dapat memandangi jenazah suaminya yang masih terbujur kaku tanpa ada seseorang yang mahu melihatnya, apalagi mengurusnya. Namun dalam kebingungannya, ia tetap berharap akan ada orang baik yang datang ke rumahnya untuk membantu menguruskan jenazah suaminya.
Upah orang untuk menguburkan jenazah suami
Sekian lama menunggu tak juga seorang pun yang peduli. Kerana keadaan terpaksa, akhirnya, isteri Lukman memberanikan diri untuk keluar rumah. Sejahat-jahatnya suaminya, ia tetap manusia biasa, ia juga masih seorang Islam, maka ketika nyawa sudah lepas dari raga tetap ada kewajipan baginya untuk mengurus proses dikebumikan sebagaimana layaknya jenazah seorang muslim. Perlahan kakinya melangkah. Ia mencari orang-orang yang mahu diberi upah untuk mengurusi jenazah suaminya, menggali dan menguburkannya. Perempuan itu berniat menyusuri ke luar kampungnya. “Seluruh orang di kampung itu pasti sudah mengetahui sikap dan perangai suamiku. Kerana itu mereka pasti tidak akan mahu kusewakan,” fikir isteri Lukman, “Jalan satu-satunya, aku harus keluar dari kampung ini untuk menyewa orang luar guna mengurusi jenazah suamiku.”
Setelah lama mencari, perempuan itu mendapatkan dua orang yang mahu diberi upah dengan bayaran yang mahal. Maka diuruslah jenazah lelaki malang tersebut dan kemudian diusung ke surau terdekat. Untuk berapa waktu, ternyata tidak ada sesiapa yang mahu menyembahyangkan jenazahnya. Orang yang mengambil upah itu mengusung jenazah Lukman ke arah padang tandus untuk dikebumikan di dekat kaki sebuah bukit. Tidak jauh dari tempat perkuburan itu ternyata ada seorang ahli zuhud (zahid) yang menetap di situ. Tanpa disedari oleh dua orang pengusung jenazah itu, diam-diam orang zuhud itu menuruni bukit melangkah ke arah mereka, lalu meminta agar jenazah itu diturunkan sebentar. Tanpa bertangguh lagi si zuhud itu langsung menyembahyang jenazah lelaki fasiq itu.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...
Wednesday, January 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment