BULAN Muharam ini, ada pelbagai peristiwa terjadi di dalamnya, yang oleh kita dikaitkan pula dengan pelbagai yang lain. Kadang-kadang peristiwa-peristiwa yang dikaitkan itu tidak ada kena mengena dengan bulan Muharam. Kadang-kadang perkara itu dikaitkan dengan “sunah Nabi”, sedangkan ia tidak ada, dan tidak ada kena mengena pun. Apabila dikaitkan dengan itu dan dengan ini, maka banyaklah wujud hal-hal bidaah yang dilakukan oleh masyarakat Islam sepanjang bulan Muharam ini. Diantaranya, termasuklah “Hari asyura” dan “bubur asyura”. Soalnya, penegak-penegak bidaah ini akan mencari-cari hadis-hadis yang tidak sahih yang bukan dari Nabi s.a.w. sendiri dikaitkan dengan perkara itu. Perbuatan-perbuatan itu kononnya didasarkan kepada sunah Rasulullah s.a.w., dan terus dijadikan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. bagi mencapai keredhoanNya. Diantara perkara yang dikaitkan dengan sunah itu “bercelak” pada hari asyurah. Dengan memakainya, orang itu tidak akan menderita sakit mata pada tahun itu. Disebutkan juga tentang mereka yang mandi pada hari asyura, maka dia tidak akan dihinggapi penyakit pada tahun itu, dan macam-macam lagi hal-hal yang khurafat dikaitkan dengan bulan Muharam itu. Ada setengah tokoh-tokoh agama cuba mengaitkan beberapa buah hadis lain mengenai keutamaan yang terdapat ada hari asyura itu. Disebutkan juga keutamaan solat pada hari asyura, Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam a.s, kapal (bahtera) Nabi Nuh a.s. berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Yusuf a.s. dikembalikan kepada ayahnya Nabi Yakub a.s., Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari api Raja Namrud. Allah s.w.t. menebus Nabi Ismail a.s. dengan kibas dan seumpamanya. Mereka ini meriwayatkan hadis-hadis yang maudhu’. Imam-imam Mazhab dalam kitab-kitab mereka menyebutkan lebih kurang begini: “Kerja-kerja yang dilakukan pada hari Asyura seperti mengambil makanan yang lebih daripada hari kebiasaan, baik bijian dan bukan bijian, membaharui pakaian, melapangkan belanja, memberi keperluan tahunan pada hari asyura itu, atau pun melakukan ibadah khas, menyembelih binatang, menyimpan daging-daging korban, memakai celak, memakai inai, menziarahi perkuburan dan lain-lainnya adalah perbuatan “bidaah dan mungkar”. “Hal ini tidak disunahkan oleh Rasulullah s.a.w. tidak pula oleh Khulafah ur Rasyiddin, tidak pula disunatkan oleh Imam-imam kaum muslimin, tidak pula oleh Imam Malik, Abu Hanifah, As-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang lain. “Walau pun sebahagian dari orang-orang mutakhirin ini dari pengikut-pengikut imam berbuat demikian dengan meriwayatkan hadis-hadis, atsar-atsar yang dikatakan sebahagiannya sahih, sebenarya mereka tersilap. “Perkara ini telah diperjelaskan dalam kitab “majmu’ah fatwa Ibnu Taimiyyah”. Sila rujuk dan baca kitab tersebut ada dihuraikan dengan panjang lebar mengenai bidaah ini. “Sebenarnya, banyak lagi amalan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari asyura itu, selain hari puasa khas pada hari asyura itu adalah bidaah. “Ia tidak disyariatkan oleh Allah dan rasulnya, tidak diamalkan dan digalakkan oleh para sahabat, dan para ulama muktabar dalam semua mazhab. “Hadis-hadis yang dibentangkan adalah hadis maudhu dan dhaif belaka. Ia bukan hadis tetapi dikarang oleh manusia sendiri. “Para ulama Salaf telah menjelaskan satu persatu mengenai hadis-hadis yang dikemukakan itu sebagai hujah mereka, tetapi sebenarnya adalah hadis Dhaif.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...
Wednesday, January 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment