TANAH kubur itu sedikit demi sedikit menimbusnya. Selepas paras tubuh jenazah itu terbaring, dia mula terasa gelap gelita. Mula terasa lemas. Padahal dia telah mati. “Eh... tadi aku baru saja dimandikan, dikafankan, kemudian diusung ke sini. Mengapa aku kini tersedar semula...Eh aku belum mati, aku belum mati.” Dia mendengar langkah-langkah tapak kaki yang sayup-sayup di atasnya. Tadi dia terdengar bacaan talkin menyuruhnya jangan takut, jangan gentar... Dia menggigil, tubuhnya menggigil...Eh macam mana orang mati boleh menggigil ye...? Dia tiba-tiba teringat rumah barunya yang sudah siap, tapi belum sempat dia duduki. Dia menggunakan sebahagian besar wang EPFnya untuk membina rumah baru itu. Kerana dia berpangkat besar, EPFnya beratus ribu. Tak hairanlah dia mampu bina rumah tiga tingkat... Dia juga baru tukar kereta baru. Kereta lamanya dia jual dengan harga murah. Sempat jugalah dia berlagak pulang ke kampung dengan kereta barunya itu. Dia sebenarnya sudah merancang untuk melancong ke England. Seorang anak gadisnya sedang melanjutkan pengajian di sana. Lepas London dia bercadang nak ke Paris dan ‘enjoy’lah sikit. Kan wang tengah ada...
Tiba-tiba tengah malam tadi, ketika hendak masuk bilik air di rumah lamanya, dia terjatuh tersembam. Mujur kejadian itu disedari oleh isterinya. Bergegaslah keluarga itu menghantarnya ke hospital Selayang. Namun ajalnya sudah sampai. Takdir Allah telah meragut nyawanya. Dia terduduk dalam kuburnya (eh...macam mana dia boleh terduduk begitu dalam kubur) Dia telah menyaksikan gelap gelitanya kubur. “Eh! Ya Allah, aku telah melihat dan mendengar, kembalilah semula aku ke dunia. Aku akan mengerjakan amal salih, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang yakin.” Eh... macam mana aku boleh ingat ayat As-Sajdah ini. Seingatnya dia tak pernah datangpun solat subuh di surau berdekatan rumahnya. Dia pun menundukkan kepalanya: “Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya,...(As-Sajdah: 12) - (Catatan: Muhammad Sholehan)
Sunday, December 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment